Isnin, 5 November 2018 | 7:56am

19 penyokong pembangkang ditahan di Cameroon

DOUALA: Polis Cameroon menahan 19 penyokong pemimpin pembangkang, Maurice Kamto, yang membantah keputusan pilihan raya presiden bulan lalu.

AFP yang memetik saksi dan jurucakap pihak berkuasa melaporkan penahanan itu berlaku ketika tunjuk perasaan terhadap Presiden Paul Biya, semalam.

Kesemua penyokong itu ditahan di dua lokasi berasingan di bandar Bafoussam, ketika penyokong Kamto sedang mengadakan piket.

Berdasarkan keputusan rasmi, Kamto hanya memperoleh tujuh peratus undi, sekali gus meletakkannya di kedudukan kedua di belakang Biya, iaitu penyandang jawatan presiden yang mendapat 21 peratus undi.

Justeru, Kamto mendesak proses pengiraan semula undi diadakan yang dikendalikan badan bebas. - AFP

Berita Harian X