Khamis, 1 November 2018 | 9:29am
PUTERA Charles (kiri) dan Camilla (dua dari kanan) disambut oleh Presiden Gambia, Adama Barrow (dua dari kiri) dan isteri, Fatou Bah-Barrow di Banjul. - Foto AFP

Putera Charles, Camilla tiba Gambia

BANJUL: Pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isteri, Duchess of Cornwall, Camilla tiba di Gambia, semalam, bagi memulakan lawatan rasmi selama seminggu ke benua Afrika.

Putera Charles yang juga Prince of Wales mengambil alih jawatan sebagai ketua Negara-Negara Komanwel pada April lalu, daripada ibunya, Ratu Elizabeth II.

Ketibaan beliau dan Camilla disambut Presiden Gambia, Adama Barrow dan isteri, Fatou Bah-Barrow.

Gambia diterima semula sebagai anggota Komanwel pada Februari lalu, selepas keluar dari pertubuhan itu pada 2013.

Hari ini, Putera Charles dan Camilla dijadualkan melawat Majlis Penyelidikan Perubatan, iaitu salah satu fakulti di bawah London School of Hygiene and Tropical Medicine.

Selepas Gambia, beliau bakal meneruskan lawatan ke Ghana, sebelum mengunjungi Nigeria pada 6 hingga 8 November ini. - AFP

Berita Harian X