Sabtu, 27 Oktober 2018 | 9:31pm

18 maut nahas jalan raya di Habsyah

ADDIS ABABA: Lapan belas penduduk awam maut apabila trak tentera bertembung dengan bas mini di utara Habsyah hari ini, lapor media tempatan.

Kemalangan di negeri Amhara itu berlaku pagi ini, lapor Perbadanan Penyiaran Fana.

Walaupun mempunyai kadar pemilikan kereta per kapita paling rendah di dunia, kemalangan maut adalah perkara biasa di Habsyah dan kerap dipersalahkan ke atas keadaan buruk jalan raya dan penyelenggaraan kereta selain kekurangan penguat kuasaan peraturan keselamatan.

Kira-kira 4,500 terbunuh dalam masa 12 bulan sehingga Julai lalu, menurut statistik kerajaan. — AFP

Berita Harian X