X
Rabu, 5 September 2018 | 2:11pm

12 maut, tanah runtuh di selatan Habsyah

ADDIS ABABA: 12 maut manakala empat lagi cedera parah dalam tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di selatan Habsyah semalam, kata media rasmi.

Difahamkan ketika kejadian mangsa terperangkap selepas tanah runtuh meranapkan tiga rumah di wilayah Dawro Zone di negara Tanduk Afrika, kata Fana Broadcasting Corporation.

“Setakat ini 10 mayat sudah ditemui. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk mencari dua lagi mayat,” kata agensi itu, memetik ketua polis daerah.

Pegawai itu berkata, empat mangsa yang cedera parah sudah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Tahun lalu, satu insiden tanah runtuh di tapak pelupusan sampah di ibu kota, Addis Ababa mengorbankan 115 orang. - Reuters

Berita Harian X