Jumaat, 10 Ogos 2018 | 5:17pm

13 rentung bas bertembung kapal korek

LAGOS: Tiga belas rentung apabila sebuah bas terbakar selepas bertembung dengan kapal korek berhampiran hab minyak Nigeria, Port Harcourt, kata polis hari ini.

“Kapal korek berkenaan terbabas dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan,” kata jurucakap polis River, Nnamdi Omoni.

Katanya, bas itu dalam perjalanan dari Port Harcourt ke Lagos pagi semalam dengan pemandu dan 13 penumpang.

“Bas terbakar dan 13 rentung dalam nahas itu,” katanya.

Mangsa terselamat, yang terbakar teruk, dibawa ke hospital untuk rawatan.

Kemalangan kerap berlaku di jalan raya antara bandar yang tidak diselenggara dengan baik di Nigeria disebabkan pemandu memandu laju, tidak mengendahkan peraturan trafik dan banyak kenderaan sudah tidak layak berada di jalan raya.

Jun lalu, 12 terbunuh apabila lori tangki minyak terbakar dan meletup di salah satu jalan raya paling sibuk di Lagos. — AFP

Berita Harian X