X
Selasa, 10 Julai 2018 | 6:47pm
PESAWAT penumpang pertama antara Habsyah dan Eritriea akan memulakan penerbangan Rabu ini. - Foto Reuters
PESAWAT penumpang pertama antara Habsyah dan Eritriea akan memulakan penerbangan Rabu ini. - Foto Reuters

Penerbangan pertama Habsyah-Eritrea bermula Rabu depan

ADDIS ABABA: Pesawat penumpang pertama antara Habsyah dan Eritriea sejak bermulanya konflik 20 tahun lalu akan memulakan penerbangan Rabu ini, kata Ethiopian Airline dalam kenyataan.

Gergasi penerbangan Afrika itu, hari ini berkata pada awalnya, ia akan mengendalikan penerbangan pergi balik sekali sehari antara Addis Ababa dan Asmara tetapi merancang menambah lebih banyak penerbangan sehari dengan cepat selain pesawat kargo.

"Dengan pembukaan bab baru keamanan dan persahabatan antara kedua-dua negara, kami tidak sabar memulakan penerbangan ke Asmara dengan B787.

"Penyambungan semula laluan udara akan menjadi peranan kritikal dalam meningkatkan keseluruhan hubungan politik, ekonomi, perdagangan dan sesama rakyat antara kedua-dua negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, Tewolde GebreMariam.

Kenyataan awal menyebut, penerbangan pertama antara kedua-dua negara akan bermula pada Selasa 17 Julai ini, tetapi ditangguhkan kepada Rabu.

Selepas beberapa dekad bermusuhan susulan perang sempadan pada 1998-2000 yang meragut 80,000 nyawa, Habsyah dan Eritrea, semalam mengisytiharkan secara rasmi berakhirnya konflik itu.

Perdana Menteri Habsyah, Abiy Ahmed, mencipta sejarah mengunjungi musuhnya, Presiden Isaias Afwerki, selepas membuat keputusan mengejutkan mematuhi peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai penandaan sempadan kedua-dua negara.

Berita Harian X