Isnin, 25 Jun 2018 | 11:53am

Lebih 30 orang awam maut serangan di Mali

BAMAKO: Sekurang-kurangnya 32 orang awam maut, manakala 10 lagi hilang dalam serangan di tengah Mali, dipercayai didalangi pemburu bersenjata Dozo, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan etnik Dogon.

Menurut jurucakap kerajaan, 16 mayat mangsa sudah berjaya ditemui.

Insiden dilaporkan berlaku ketika kumpulan terbabit menyerang sebuah perkampungan terpencil di Koumaga di wilayah Mopti pada Selasa lalu, sekali gus mengorbankan puluhan petani etnik Fulani, termasuk kanak-kanak.

"Mereka mengawal perkampungan berkenaan, sebelum bertindak mengasingkan etnik Fulani daripada penduduk lain dan membunuh sekurang-kurangnya 32 orang awam tanpa belas kasihan," kata presiden persatuan tempatan Tabital Pulaaku, Abdoul Aziz Diallo.

Beliau berkata, 10 lagi penduduk dilaporkan masih hilang.

"Lelaki terbabit dilaporkan memakai pakaian etnik Dozo tetapi masih menyiasat sama ada mereka benar-benar adalah pemburu dari puak berkenaan," kata pegawai wilayah itu yang enggan mendedahkan identitinya. - AFP

Berita Harian X