Sabtu, 23 Jun 2018 | 6:54pm
PENDUDUK berkumpul semasa perhimpunan besar-besaran untuk menyokong perdana menteri pembaharuan baru negara itu Abiy Ahmed di Meskel Square di Addis Ababa, Ethiopia. - Foto EPA
PENDUDUK berkumpul semasa perhimpunan besar-besaran untuk menyokong perdana menteri pembaharuan baru negara itu Abiy Ahmed di Meskel Square di Addis Ababa, Ethiopia. - Foto EPA

83 cedera, serangan politik di Habsyah

ADDIS ABABA: Satu serangan ketika perhimpunan politik di sini mencederakan sekurang-kurangnya 83 orang dengan enam daripadanya parah, namun tiada kematian dilaporkan, kata ketua turus kakitangan Perdana Menteri Abiy Ahmed, Fitsum Arega di Twitter hari ini.

Dalam ucapan disiarkan di televisyen tidak lama selepas letupan itu, Abiy berkata, beberapa individu 'kehilangan nyawa.'

Perhimpunan itu diadakan di ibu kota Habsyah di sini, sebagai tanda sokongan terhadap bekas anggota tentera berusia 41 tahun yang menggariskan siri perubahan radikal sejak mengambil alih jawatan itu April lalu.

Abiy menyifatkan insiden itu sebagai cubaan gagal tentera yang tidak mahu melihat Habsyah bersatu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis di sini, Girma Kassa berkata kepada Perbadanan Penyiaran Fana milik kerajaan, 100 orang cedera dalam serangan itu dengan 15 daripadanya parah. - Reuters

Berita Harian X