Isnin, 28 Mei 2018 | 1:42am

23 maut tanah runtuh di Habsyah

ADDIS ABABA: Dua puluh tiga orang maut dalam satu insiden tanah runtuh disebabkan hujan lebat di tengah Habsyah, lapor media tempatan semalam.

Bencana itu berlaku di tengah wilayah Oromia kelmarin, selepas hujan lebat berterusan selama beberapa jam, kata agensi media tempatan Fana Broadcasting Corporte.

Difahamkan, enam mangsa lain turut cedera, lapor agensi media Xinhua.

Habsyah kini memasuki musim hujan dan ia sering menyebabkan tanah runtuh di beberapa lokasi di negara timur Afrika itu. - Agensi/ Xinhua

Berita Harian X