KINSHASA: Kes demam berdarah dilaporkan di sebuah kawasan di Congo yang kini berdepan epidemik Ebola sejak Disember lalu dengan kematian pertama dilaporkan Januari ini, kata seorang jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di ibu kota ini hari ini.
Kementerian Kesihatan berkata Selasa lalu, sekurang-kurangnya 17 orang maut di sebuah kawasan di barat laut Republik Demokratik Congo di mana pihak berkuasa kesihatan kini mengesahkan berlaku wabak Ebola.
"Menurut maklumat awal kami, kes itu dilaporkan sejak Disember lalu dan kematian pertama dilaporkan pada Januari.
"Namun kaitan antara kematian dan epidemik itu belum dipastikan," kata jurucakap WHO Congo, Eugene Kabambi. -Reuters