Ahad, 24 Disember 2017 | 8:02am
KEDUDUKAN Tasik Tanganyika yang dilaporkan berlaku perlanggaran menyebabkan sekurang-kurangnya 13 maut.
KEDUDUKAN Tasik Tanganyika yang dilaporkan berlaku perlanggaran menyebabkan sekurang-kurangnya 13 maut.

13 maut, dua bot bertembung di Tanzania

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 13 maut, sementara sembilan dilaporkan masih hilang selepas dua bot berlanggar di Tasik Tanganyika, Tanzania, semalam.

"Dalam nahas ketika subuh, sebuah bot yang membawa 135 penumpang merempuh sebuah lagi bot yang membawa 63 penumpang," kata jurucakap perkhidmatan maritim, Amaniel Sekulu.

Sebahagian besar penumpang dapat diselamatkan, namun sembilan penumpang masih gagal dikesan.

Tasik Tanganyika adalah tasik air tawar kedua terbesar di dunia dan ia bersempadan dengan empat negara, iaitu Tanzania, Republik Demokratik Congo, Burundi serta Zambia. - AFP

Berita Harian X