Jumaat, 8 Disember 2017 | 10:22pm

Penyeludup telur burung unta dipenjara 25 tahun

NAIROBI: Dua lelaki Tanzania yang ditangkap kerana menyeludup 16 biji telur burung unta dikenakan hukuman 25 tahun penjara, hari ini, selepas disabitkan dengan kesalahan 'mensabotaj ekonomi'.

Jualan telur unta lazimnya digunakan bagi tujuan perubatan tradisional atau sebagai ole-ole pelancong, tetapi dianggap haram di Tanzania.

Menurut sumber di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Daerah Serengeti, hukuman itu dijatuhkan oleh hakim Ismael Ngaila kepada tertuduh, iaitu adik-beradik Julius Marwa, 42, dan Matiko Marwa, 32.

Ketika ditahan pada Disember tahun lalu, dua lelaki itu merancang menjual telur berkenaan di negara jiran, Kenya yang kononnya mujarab untuk mengubati penyakit AIDS. - AFP

Berita Harian X