Ahad, 26 November 2017 | 12:25am
 PARAMEDIK dan pekerja bantuan Libya melihat mangsa bot karam di pangkalan tentera laut di Tripoli. - Foto AFP
PARAMEDIK dan pekerja bantuan Libya melihat mangsa bot karam di pangkalan tentera laut di Tripoli. - Foto AFP

30 maut bot karam di pantai Libya

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 30 pendatang meninggal dunia dan 200 yang lain berjaya diselamatkan apabila bot yang mereka naiki karam di pantai barat Libya.

Jurucakap tentera laut Libya, Kolonel Abu Ajila Abdelbarri, berkata pengawal pantai menjalankan dua operasi menyelamat di luar bandar Garabulli, kira-kira 60 kilometer ke timur Tripoli.

Katanya, pasukan peronda menemui 31 mayat dan 60 mangsa terselamat daripada salah sebuah bot bersama 140 lagi yang terselamat dari bot kedua. - AFP

Berita Harian X