Jumaat, 20 Oktober 2017 | 7:10am

AS keluarkan amaran ancaman pengganas di Senegal

DAKAR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) keluarkan amaran terhadap ancaman pengganas di Senegal dan mengingatkan rakyatnya agar berhati-hati terutama ketika melawat kawasan pelancongan terkenal.

Kakitangan kedutaan turut diingatkan tidak berada di kawasan hotel berhampiran pantai.

Pada masa sama, kerajaan Kanada turut mengeluarkan kenyataan yang sama mengingatkan rakyatnya agar berhati-hati ketika berada di negara Afrika Barat. - AFP

Berita Harian X