Selasa, 1 Ogos 2017 | 11:25pm

34 maut bas jatuh gaung di Madagascar

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan maut selepas bas yang membawa penganut Kristian terjunam ke dalam gaung di Madagascar, kata pegawai polis dan hospital, semalam.

Polis berkata, 12 mayat rentung ditemui di lokasi kejadian yang dipercayai berlaku lewat malam semalam, manakala pihak hospital mengesahkan 22 mangsa terkorban dalam insiden berkenaan. - AFP

GAMBAR fail, sebuah bas yang musnah akibat pelanggaran di Madagascar. - Foto AFP
GAMBAR fail, sebuah bas yang musnah akibat pelanggaran di Madagascar. - Foto AFP

Berita Harian X