Rabu, 23 March 2022 | 5:56pm
Pengasas Zafesha Simply, Siti Aisah Muhamad Hamim dan Pengarah Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd, Afizam Abdul Aziz di Majlis Makan Malam bertemakan 'Dazzling Night' di Cyberjaya, baru-baru ini.
Pengasas Zafesha Simply, Siti Aisah Muhamad Hamim dan Pengarah Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd, Afizam Abdul Aziz di Majlis Makan Malam bertemakan 'Dazzling Night' di Cyberjaya, baru-baru ini.

Zafesha sasar lahir lebih ramai usahawan

KUALA LUMPUR: Bermula sebagai jururawat dan kakitangan kerajaan pasangan suami isteri Afizam Abdul Aziz, 43 tahun selaku Pengarah Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd) dan Siti Aisah Muhamad Hamim, 40 tahun yang juga Pengasas produk Zafesha Simply mengorak langkah berani dalam bidang keusahawanan.

Sekalipun pernah mengalami kerugian sebanyak setengah juta ringgit pada 2014, pasangan ini bangkit membina Empayar perniagaan mereka dengan melahirkan 6 jutawan baharu menerusi Produk Zafesha Simply.

Anak kelahiran Felda Renong, Segamat Johor ini mula menceburi pelbagai jenis perniagaan seperti bisnes kad kahwin, katering dan perancang majlis perkahwinan secara offline dan pernah berniaga makanan seperti char kue tiaw dan asam pedas.

Siti Aisah dan Afizam bermula secara aktif sebagai ejen jualan sebelum mengeluarkan jenama perniagaan sendiri Zafesha Simply pada tahun 2018.

"Alhamdulillah tahun ini adalah tahun kelima, Zafesha di mana pada tahun lepas sahaja kami berjaya melahirkan enam orang Usahawan Jutawan yang berjaya mencatatkan jualan melebihi RM1 juta pada tahun 2021 walaupun kita semua diuji dengan COVID-19, asbab ujian inilah jualan mereka naik sekali ganda," kata

Aisah lagi.

Tambah Aisah, pada tahun ini pihaknya menyasar untuk melahirkan minimum 20 orang lagi Usahawan Jutawan dan 10,000 usahawan Zafesha yang nak menjana income bersama kami dalam jangka masa panjang.

"Ia selari dengan perancangan kami '5-years blooming dream' untuk menempatkan mereka yang nak mengembangkan dan mengekalkan perniagaan," katanya.

Antara keunikan Zafesha adalah 70 peratus ejen asalnya terdiri daripada pelanggan setia yang pada mulanya adalah pengguna produk Zafesha dan kemudian berhijrah menjadi ejen, termasuk golongan golongan suri rumah berumur 35 tahun dan ke atas selain dari wanita yang ingin mencari pendapatan tambahan.

Berbeza dengan pengeluar produk lain, selain memberi bahan-bahan promosi, Zafesha Network & Marketing Sdn Bhd turut membina sebuah Akademi Latihan bagi melatih ejen jualan mengenai ilmu perniagaan yang lebih luas seperti Pengurusan

Bisnes, Kewangan, Cukai dan Pelaburan.

"Kami juga mempunyai Akademi Zafesha di mana mereka dibekalkan ilmu pemasaran secara online dan offline. kami bukan sahaja menyediakan bahan pemasaran untuk memudahkan reseller membuat pemasaran dan jualan, tapi kami juga turut

menekankan ilmu perniagaan yang lebih luas seperti pengurusan bisnes, kewangan,

cukai dan pelaburan.

"Ini kerana kami mahu semua reseller kami bukan setakat boleh buat pendapatan tambahan semata-mata tetapi juga boleh mengembangkan bisnes masing-masing," katanya.

Berita Harian X