Isnin, 7 March 2022 | 9:53pm
Siti Roihan Hashim.
Siti Roihan Hashim.

Siti Roihan sasar jadi ikon usahawan pemasaran jaringan

KUALA LUMPUR - Usahawan wanita, Siti Roihan Hashim pernah melalui detik sukar dalam kehidupan. Paling menyentuh hatinya, beliau tidak mempunyai wang yang cukup bagi menyediakan hidangan kepada anak-anak sehari sebelum menyambut Aidilfitri.

Malah, Siti Roihan terpaksa mengira duit siling untuk membeli susu anak saiz paket kecil yang bertahan beberapa hari sahaja.

Selain itu, kereta miliknya hampir ditarik beberapa kali, berpindah keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu nak bayar dan terpaksa menumpang di rumah ibu mertua bersama empat orang anak.

Tidak mahu mengalah, beliau memberanikan diri dengan mengambil risiko menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Antaranya berniaga gerai burger, nasi lemak, pusat mencuci kereta, jual produk warisan keluarga dan juga pernah membuka 13 cawangan stokis kedai serbaneka.

Namun apa yang diimpikan wanita berusia 49 tahun ini semuanya tidak menjadi kenyataan sama ada hanya mendapat pulangan yang rendah dan tidak setimpal dengan usahanya.

Pada masa sama, beliau juga tidak memiliki kebebasan masa dan penat kerana perlu terkejar-kejar ke sana sini namun beliau pasrah tanpa pilihan. Lebih memburukkan keadaan, kedudukan kewangan syarikatnya semakin merundum apabila perniagaannya mula tidak stabil.

Tanpa disangka pada Oktober 2015, semuanya berubah apabila Siti Roihan mengenali bisnes produk kesihatan Forever Living.

Beliau nekad menceburi secara serius kerana melihat peluang besar yang ditawarkan menerusi faedah komisyen tinggi dan tawaran percutian ke luar negara.

Hasil kerja kerasnya, Siti Roihan telah mencapai kejayaan luar biasa dengan mencapai peringkat pengurus dalam masa dua bulan sahaja.

Malah lebih membanggakan hari ini, beliau telah bergelar pemimpin utama dengan pendapatan melebihi lima angka sebulan.

Beliau juga puas mengembara mengelilingi dunia seperti Amerika Syarikat, Itali, Barcelona, Monte Carlo, Sweden dan UAE setiap tahun atas pencapaian hebatnya.

Beliau kini bersyukur kerana mampu memberi pendidikan untuk dua anak lelaki ke maahad tahfiz yang terbaik di Malaysia. Seorang anak perempuan istimewa pula dapat mencapai impian belajar di kolej swasta terkenal tanpa perlu mohon biasiswa.

Paling menggembirakan Siti Roihan kerana beliau dapat membawa ibu dan kakaknya menunaikan umrah sekeluarga seramai lapan orang dengan pakej eksklusif.

Beliau juga telah berjaya memberi keselesaan pada keluarganya dengan membina sebuah banglo dan membeli dua biji kereta mewah.

Pada Januari tahun lalu, Siti Roihan melangkah jauh setapak lagi dalam bidang bisnesnya itu apabila berjaya membuka akademi latihan yang dikenali dengan nama Roihan Basaroy Academy di Kuantan, Pahang.

"Saya membuka akademi sebagai platform latihan perniagaan jaringan pemasaran yang lengkap dengan latihan dan bimbingan bagi persediaan mereka yang ingin memulakan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan Forever Living secara pemasaran offline dan online.

"Kelebihan akademi ini apabila ejen di bawah saya akan dibantu untuk memahami pelan pemasaran dalam mempromosikan produk, cara bercakap dengan prospek dan menjadi pemimpin berjaya selain kelas bisnes atas talian juga disediakan.

"Apa yang menarik, semua kemudahan di akademi ini boleh digunakan secara percuma oleh seluruh agen di Malaysia, Sabah dan Sarawak.

"Ejen juga disediakan tempat yang selesa untuk membuat latihan ejen di bawah mereka di mana minuman dan makanan ringan juga disediakan percuma," katanya yang juga pernah bekerja dalam bidang telekomunikasi selama 22 tahun.

Siti Roihan menambah, dengan pembukaan akademi itu beliau menyasarkan untuk membantu lebih 10,000 golongan wanita di kalangan suri rumah bagi mengubah kehidupan mereka dan keluarga selain mengalu-alukan penglibatan kaum lelaki.

Beliau berkata, keyakinan itu kerana tidak ramai pemimpin yang menyediakan akademi latihan seperti dirinya yang boleh menyuntik semangat ejen apatah lagi keuntungan jualan produk yang ditawarkan tinggi.

Sementara itu, orang ramai boleh melayari laman Facebook Roihan Basaroy dan hubungi talian 0179000444 untuk matlumat lanjut.

"Walaupun berdepan pandemik COVID-19 yang tiada kesudahan, saya yakin dapat melahirkan ramai usahawan yang terbimbing kerana kami memasarkan produk kesihatan untuk meningkatkan sistem imun badan manusia.

"Sejak pandemik, kelas atas talian masih berjalan setiap hari pada waktu siang dan malam dalam mengekalkan momentum usahawan yang dibimbing terus berniaga," katanya yang memiliki empat kakitangan dan lebih 15 tenaga pengajar dari ejen yang telah berjaya dibimbing.

Siti Roihan berkata, beliau percaya kepada rezeki dan tidak jemu berusaha untuk mencapaikan kejayaan dalam perniagaan.

Jelasnya, sikap tidak mudah mengalah dan berdisiplin serta fokus agar menjadi prinsip selepas menempuh banyak pengalaman sebelum ini.

"Saya melalui pelbagai pengalaman pahit manis dan jatuh bangun dalam bisnes. Tapi saya tidak patah semangat kerana saya percaya dengan hikmah apa yang berlaku.

"Sekarang giliran saya membantu mereka di luar sana yang sedang berjuang dan susah seperti saya dahulu. Kepada mereka yang lalui perit getir hidup macam saya, jangan mudah putus asa.

"Bangkit, bangun kalau kita tidak ubah hidup kita tidak ada siapa yang akan ubah. Hanya kita sahaja yang boleh bantu diri kita. Datanglah ke Roihan Basaroy Akademi kerana kami sedia bimbing anda dari 'zero to hero'.

"Saya juga tak lupa berdoa supaya setiap urusan dipermudahkan kerana saya berimpian besar untuk menjadikan bisnes ini boleh membantu orang lain," katanya bersungguh-sungguh.

Berita Harian X