Selasa, 12 Jun 2018 | 2:27pm
SLEN teroka bidang baru dunia siri penjagaan badan
SLEN teroka bidang baru dunia siri penjagaan badan
ANTARA teman artis dan rakan seperjuangan yang hadir pada soft launch malam tadi.
ANTARA teman artis dan rakan seperjuangan yang hadir pada soft launch malam tadi.

Slen Fadzil lancar koleksi pewangi sendiri

KUALA LUMPUR: Penulis lirik tempatan, Slen Fadzil kini melangkah bersama impiannya untuk menghasilkan minyak wangi yang diberi nama PureCanvasParfums.

Menariknya, haruman PureCanvas dalam saiz 50ml Vaporisateur Spray dengan botol seramik itu dihasilkan di luar negara iaitu Perancis dan UAE.

Dengan tagline Painting Your Emotions atau Lukiskan Emosi Anda, pewangi hebat itu didatangkan dalam dalam dua edisi iaitu Glam White bagi wanita dan Fresh Noir (Uniseks) melalui dua warna hitam dan putih di samping itu ia juga menonjolkan kelainan dengan mencatatkannya sebagai Pilihan Editor atau Editor's Choice.

Ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Restoran Nuur, Taman Puncak Jalil di sini semalam, Slen atau Roslen Fadzil, berkata, pewangi itu cukup istimewa kerana ada kaitan dengan seni lukis dan dunia kewartawanan yang pernah diceburinya.

"Pekerjaan pertama saya dulu adalah seorang pelukis. Kemudian barulah saya menjadi seorang wartawan dan penulis lirik.

"Sejak awal 1990-an lagi saya sering bertugas di luar negara dan gemar mengumpul minyak wangi berjenama. Sejak itu saya mula menyimpan impian memiliki minyak wangi produksi sendiri tanpa perlu menggunakan nama sendiri kerana saya bukannya artis popular.

"Jadi saya abadikan segala pengalaman saya melalui motif seperti nama kanvas lukisan, tulisan ala mesin taip wartawan serta frasa Editor's Choice," katanya.

Slen berkata, buat permulaan beliau hanya menghasilkan PureCanvasParfums dalam jumlah yang terhad untuk melihat maklum balas masyarakat.

"Serakat ini saya gembira kerana ramai mula menyukainya termasuk artis seperti Datin Alyah, Datin Diana Danielle, Salma Asis dan Datuk Farid Kamil," ujar Slen.

Dengan harga mampu milik, PureCanvasParfums boleh didapati di beberapa showroom seperti di Missy Eldee, PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil Kuala Lumpur dan KC Online di AEON Klebang, Ipoh Perak atau layari IG slenfadzil atau purecanvasparfums.

Katanya, Glam White lebih ke arah bauan floral bervanilla manakala Fresh Noir pula menyerlahkan bauan serai wangi bervanilla sentuhan pakar minyak wangi dari Perancis.

Berita Harian X