Khamis, 26 Oktober 2017 | 10:39pm
HAIRONISA menyediakan sandwich untuk pelanggannya. - Foto Harun Yahya
JIRAN Haironisa, Mohd Firdaus bin Suip, 27, kini diambil bekerja separuh masa di The Leziz Sandiwich. - Foto Harun Yahya
HAIRONISA mengusahakan sandwich menggunakan jenama 'The Leziz Sandiwich'. - Foto Harun Yahya
SYARIFAH Feithruzilla Zaizzry, 29, adik ipar Haironisa memasukkan hirisan ayam ke dalam sandwich. Zilla kini bekerja sepenuh masa di kedai sandwich milik abang dan kakak iparnya. - Foto Harun Yahya
SANDWICH akan dimasukkan ke dalam ketuhar selama beberapa minit untuk mencairkan keju dan memberi rasa kerangupan kepada roti. - Foto Harun Yahya
PILIHAN sayur-sayuran yang boleh dimasukkan ke sandwich. - Foto Harun Yahya
SANDWICH yang siap akan dibungkus kemas di dalam bekasnya sebelum diserahkan kepada pelanggan. - Foto Harun Yahya

Surirumah jual sandwich secara dalam talian

SIBU: Bermula sebagai 'peminat tegar' sandwich keluaran jenama terkenal, seorang suri rumah akhirnya tertarik untuk mengusahakan snek itu dengan menggunakan jenama 'The Leziz Sandiwich'.

Haironisa Junaidi, 30, yang sebelum ini sanggup meminta dikirimkan sandwich berkenaan daripada kenalannya yang ke Kuala Lumpur, kini berjaya membuka kafe sendiri di Kampung Bandong, di sini, selain memasarkan sandwich keluarannya secara dalam talian.

Menceritakan detik awal perniagaannya, Haironisa mengakui beliau dan suaminya cukup menggemari sandwich keluaran jenama itu yang cukup terkenal di Amerika Syarikat (AS), namun restoran francais itu hanya ada di ibu negara dan beberapa bandar utama di Semenanjung.


SANDWICH yang siap akan dibungkus kemas di dalam bekasnya sebelum diserahkan kepada pelanggan. - Foto Harun Yahya

"Di kedai jenama terkenal itu, setiap sandwich disediakan `segar', namun agak susah juga apabila setiap kali `teringin' hidangan itu, saya perlu meminta bantuan rakan (yang ke Kuala Lumpur) untuk membelikannya.

"Akhirnya, saya dan suami cuba mempelajari resipi sandwich jenama itu di internet, bermula dari peringkat membuat rotinya hinggalah kepada ramuan isinya. Dari situ, timbul idea untuk menghasilkan sandwich menggunakan jenama sendiri," katanya ketika ditemui BH Plus di kafe miliknya, di sini.

Malah, Haironisa bersama suaminya menganggap idea itu sebagai peluang terbaik untuk membuka kafe berkenaan, pertama seumpamanya di Sarawak, khusus dalam penyediaan sandwich, sekali gus membantu memperkenalkan snek ringan tetapi menyihatkan di bandar ini.


HAIRONISA menyediakan sandwich untuk pelanggannya. - Foto Harun Yahya

"Semuanya bermula untuk `makan sendiri'. Kemudian, kami menghasilkannya dalam kuantiti yang lebih sedikit untuk diberikan kepada kenalan dan keluarga sebagai percubaan.

"Dari situlah, kami mendapat maklum balas `pelanggan'. Ada yang mahukan ramuan isi berlainan, ada yang mahukan sos perisa tertentu dan sebagainya. Selepas beberapa kali percubaan, barulah kami berjaya mendapati resipi yang mampu memuaskan hati semua lapisan pelanggan dan dimasukkan dalam menu," katanya.

Haironisa dan suaminya yang menyokong inisiatif Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg membangunkan ekonomi digital di Sarawak, turut menjadikan media sosial sebagai platform pemasaran dan promosi produk keluaran `The Leziz Sandwich'.

"Selain Facebook, kami turut memanfaatkan kemudahan Wechat, Whatsapp dan Instagram. Kami sering memuat naik gambar dan promosi produk kami di laman web makanan dan minuman terkenal di Sibu.


HAIRONISA mengusahakan sandwich menggunakan jenama 'The Leziz Sandiwich'. - Foto Harun Yahya

"Dari sinilah kami mula bertapak dan mula dikenali. Namun apa yang paling penting adalah komen dan 'posting' positif dari pelanggan yang menjadikan produk kami `buah mulut' dalam kalangan rakan," katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai perniagaannya itu, beliau berkata, melalui jualan dalam talian, `The Leziz Sandwich' mampu memasarkan sehingga 50 snek berkenaan sehari, dengan tempahan dihantar terus ke rumah pelanggan.

"Kami menghasilkan `sandwich berpatutan', dengan harga mampu dibayar bermula dari RM9 hingga RM20 bagi satu sandwich. Dengan saiz roti sepanjang 15 sentimeter, pelanggan bebas memilih isi sandwich mereka yang terdiri daripada bahan seperti daging, pepperoni, salami daging, ayam teriyaki, tuna, dan hirisan dada ayam.

"Selain memilih isi sandwich, pelanggan juga boleh memilih sendiri jenis roti, pelbagai jenis sos, dan sayur yang mahu dimasukkan sekali ke dalam sandwich. Biasanya, setiap sandwich dihasilkan boleh dinikmati dua individu dewasa kerana saiznya amat besar," kata ibu kepada lima cahaya mata itu.


JIRAN Haironisa, Mohd Firdaus bin Suip, 27, kini diambil bekerja separuh masa di The Leziz Sandiwich. - Foto Harun Yahya

Enggan mendedahkan secara terperinci keuntungan diperolehnya, Haironiza berkata, beliau amat bersyukur dengan sumber pendapatannya ketika ini, selain dapat membantu suaminya menyara keluarga, terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar.

"Syukur, selepas kafe baharu dibuka, jualan kami juga bertambah rancak. Kini, jualan kami mencecah antara 70 hingga 150 sandwich sehari hingga terpaksa menggunakan khidmat `runner' bagi menghantar pesanan pelanggan.

"Kami sentiasa percaya pada prinsip jujur serta ikhlas dalam apa juga yang kita lakukan. Dalam perniagaan sandwich ini, kami tidak pernah berkira atau cerewet dalam menyediakan ramuan isi tambahan sandwich asalkan pelanggan berpuas hati, seterusnya kembali membuat pesanan seterusnya," katanya.

Seiring dengan perkembangan perniagaannya, beliau dan suami berhasrat membuka cawangan kafe `The Leziz Sandwich' di beberapa bandar utama lain di Sarawak, bermula di Bandaraya Kuching dalam usaha mempromosikan jenama snek tempatan itu.

INFO

  • 70-150 sandwich dijual sehari.
  • 'The Leziz Sandwich' boleh ditempah secara dalam talian.
  • RM9-RM20 per sandwich harga jualan.
Berita Harian X