Sabtu, 5 Ogos 2017 | 12:03am
BIJAN hitam menjadi bahan utama dalam perubatan tradisional Cina dan berupaya mengubati masalah parut, kesan melecur dan pembedahan.

Bijan hitam penawar luka, kesan terbakar

Masalah parut atau kecacatan akibat kebakaran serta pembedahan kini boleh diatasi dengan rawatan alternatif yang mudah dan menjadikan kulit kembali normal.

Rawatan menggunakan minyak bijan hitam sebagai bahan utama itu bukan saja melegakan kesakitan, malah berupaya menumbuhkan semula kulit yang terbakar atau luka.

Diperkenalkan oleh MEBO International, keberkesanan kaedah rawatan berkesan mendapat kepercayaan pengamal perubatan untuk digunakan untuk merawat mangsa kebakaran serta luka kesan pembedahan seperti caesarian.


PENGERUSI Mebo Antarabangsa, Kevin Xu (kiri) bersama Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HKL, Dr Noor Haliza Yusof pada sidang media program 'Every Women Every Child China Partnership Network Life Regenerative Action'.- Foto Rohanis Shukri

Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr Noor Haliza Yusoff, berkata beliau diperkenalkan dengan MEBO pada tahun 2011.

Rawatan sembilan bulan

"Seorang ibu yang bersalin menerusi pembedahan caesarian dirujuk kepada jabatan kami kerana mengalami luka pada pembedahannya yang sangat teruk sehingga kehilangan hampir separuh daripada dinding abdomen.

"Dia ditahan di dalam wad rawatan rapi, ketika itu tidak banyak kami dapat lakukan sehingga seorang profesor dari China menggunakan MEBO untuk merawatnya selama sembilan bulan sehingga sembuh," katanya.

Dr Noor Haliza berkata demikian ketika ditemui pada program "Every Woman Every Child China Patnership Network Life Regenerative Action" di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program dilancarkan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mariam Mas Yacob dan Pengerusi MEBO International, Kevin P.Xu.

Berupaya menumbuhkan semula kulit

Sempena program itu, MEBO International menyumbangkan 5,000 tiub MEBO kepada Malaysia tahun ini dan 10,000 tiub pada tahun 2018 dan 2019.

Minyak bijan hitam lazimnya digunakan dalam perubatan tradisional Cina, berkhasiat menumbuhkan semula kulit yang terbakar atau luka pembedahan selepas bersalin.


PENGERUSI LPKKN, Datuk Mariam Mas Yacob (tiga dari kiri) melancarkan program 'Every Women Every Child China Partnership Network Life Regenerative Action'. Turut sama Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HKL, Dr Noor Haliza Yusof (kiri), Menteri Penasihat Kedutaan China di Malaysia, Ma Jia dan Pengerusi Mebo Antarabangsa, Kevin Xu (kanan). - Foto Rohanis Shukri.

Krim ini hanya perlu disapu pada luka dan akan menghalang bakteria daripada menjangkiti kawasan luka terbabit.

MEBO International memulakan usaha perniagaannya di negara ini pada tahun 2009 dengan produk pertamanya diedarkan oleh Triniare Sdn Bhd dan kini boleh didapati di kebanyakan hospital di seluruh negara.

INFO:

MEBO sesuai digunakan untuk:

  • Luka atau jangkitan selepas pembedahan.
  •  

  • Pesakit diabetes atau penyakit yang bahaya untuk menjalani pembedahan.
  •  

  • Kanak-kanak dan dewasa mangsa kebakaran.

Program Every Woman Every Child:

  • Dilancarkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon pada tahun 2010.
  •  

  • Tujuan: pembangunan kesihatan wanita dan kanak-kanak di semua negara.
  •  

  • MEBO menyertai program ini pada tahun 2016.
  •  

  • Membantu 1,000 pesakit yang cedera akibat kebakaran, luka dan ulser di Malaysia.

  • 265,000 meninggal akibat cedera terbakar.
  •  

  • Kebakaran punca ke 11 kematian kanak-kanak berusia 1- 9 tahun.

Berita Harian X