Rabu, 17 Ogos 2022 | 4:54pm

al-Quran teman setia umat Islam

AL-QURAN adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat teragung Baginda. 

Kitab suci keempat ini mengandungi 114 surah daripada 30 juzuk dan ia wajib diimami semua umat Islam sebagai kitab petunjuk hingga ke hari kiamat.

Sebagai umat Islam, membaca al-Quran adalah satu keutamaan kerana golongan yang mencintai Al-Quran dijanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang tiada tandingan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya". (Hadis Riwayat Muslim).

Justeru, bacalah al-Quran setiap hari walaupun beberapa ayat. Jangan sesekali biarkan waktu lapang dibazirkan tanpa membuat sebarang perkara bermanfaat. 

Al-Quran digital dalam aplikasi

Jika dahulu, orang ramai mungkin sedikit sukar untuk membawa al-Quran ke mana sahaja kerana faktor saiznya yang agak besar di samping keutamaan menjaga adab dengan kitab suci. 

Namun kini, segalanya berubah kerana teknologi membawa banyak kemudahan dalam kehidupan termasuk kemunculan al-Quran digital yang boleh diakses melalui telefon pintar. 

Bagi pengguna yang masih ragu-ragu mengenai kesahihan al-Quran digital, anda disarankan untuk memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia. 

Aplikasi ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik untuk rujukan pengguna muslim seperti waktu solat, arah kiblat, al-Quran digital, panduan solat, tazkirah dan banyak lagi. 

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma menerusi Google Play, Huawei AppGallery dan App Store.

Berita Harian X