Khamis, 19 Mei 2022 | 7:57pm

Padanan peranti pintar paling bergaya

SEBAGAI peneraju industri teknologi inovasi, produk keluaran HUAWEI sentiasa tampil dengan ciri-ciri premium seperti teknologi engsel sayap Falcon pertama industri, reka bentuk estetik serta teknologi pengecasan pantas.

Terkini, HUAWEI memperkenalkan siri mercu baharu iaitu HUAWEI Mate Xs 2, HUAWEI P50, HUAWEI WATCH GT 3 Pro, HUAWEI WATCH Fit 2 dan HUAWEI nova Y70.

HUAWEI WATCH GT 3 Pro dengan mod menyelam

Image

Sesuai dipakai untuk pelbagai acara dari ekspedisi menyelam hingga ke mesyuarat lembaga pengarah, HUAWEI WATCH GT 3 Pro dengan gelang titanium dan seramik sesuai buat individu yang ingin tampak yakin dan bergaya.

Dengan saiz muka jam 43 milimeter (mm), peranti ini juga dapat membantu pengguna membina tabiat bersenam dan pengurusan kesihatan yang aktif bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan.

Sebagai jam tangan pintar pertama HUAWEI yang dilengkapi mod menyelam, HUAWEI WATCH GT 3 Pro menyokong mod sukan profesional yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman jam tangan pintar baharu.

Dikuasakan HarmonyOS, jam tangan pintar ini mempunyai hayat bateri yang panjang bagi siri HUAWEI WATCH GT.

Seni bina bateri yang dipertingkat memberikan HUAWEI WATCH GT 3 Pro Titanium hayat bateri 14 hari dalam senario biasa dan lapan hari untuk penggunaan berat.

Sementara itu, HUAWEI WATCH GT 3 Pro Ceramic mempunyai hayat bateri selama tujuh hari untuk penggunaan biasa dan hayat bateri empat hari bagi penggunaan berat.

HUAWEI Mate Xs 2

Image

Sebagai telefon pintar boleh lipat yang sangat nipis, rata dan ringan, HUAWEI Mate Xs 2 menawarkan pengguna teknologi inovatif dengan pengalaman penggunaan terbaik.

Selain skrinnya yang besar, HUAWEI Mate Xs 2 turut dilengkapi teknologi engsel sayap Falcon yang pertama dalam industri serta permukaan rata yang melampaui pengalaman visual.

Diperbuat daripada gentian kaca ringan untuk kekuatan serta ketahanan, peranti ini mempunyai berat hanya 255 gram (g) dengan ketebalan 5.4mm apabila dibuka.

Bahagian luar peranti menampilkan skrin yang boleh dibuka dan dilipat. Peranti ini juga lebih ringan dengan skrin rata dan keupayaan pengimejan berkuasa memberikan pengalaman skrin besar yang interaktif.

Dengan rupa unibody yang ringkas, halus dan elegan, peranti ini turut menawarkan cengkaman semula jadi, selesa dan pengalaman pengguna yang lebih koheren ketika menutup dan membuka lipatan.

Pratempah mulai 3 Jun 2022 dengan harga RM7,999 dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,400*!

Terokai HUAWEI Mate Xs 2 di pautan ini atau menerusi kedai dalam talian di Shopee dan Lazada.

Siri P50

Image

Kamera dwi-matriks memberikan hasil gambar dengan kejelasan melampau dan julat dinamik yang tinggi.

Mengimbangi keupayaan berbilang kanta, sensor berbilang spektrum 10 saluran, HUAWEI XD Optics, XD Fusion Pro Image Engine dan inovasi lain, sistem kamera dwimatriks menawarkan keupayaan fotografi yang luar biasa.

Selain keupayaan kamera yang hebat, HUAWEI P50 turut tampil bergaya dengan dua warna iaitu Cocoa Gold dan Golden Black manakala HUAWEI P50 Pro juga didatangkan dengan warna baharu Silver Blue.

HUAWEI nova Y70

Image

Dengan harga mampu milik, siri HUAWEI Y dilengkapi pelbagai ciri menarik yang diperlukan dalam sebuah telefon pintar termasuk skrin besar, hayat bateri yang panjang, storan yang besar, rekaan menarik, serta pengalaman yang lancar dan kualiti yang dipercayai.

Dilengkapi bateri bersaiz 6000mAh, HUAWEI nova Y70 membolehkan pengguna menonton video berterusan selama tiga jam dengan pengecasan selama 10 minit.

HUAWEI nova Y70 juga dibina dengan paparan penuh HUAWEI 6.75 inci memberikan paparan lebih besar sama ada imej, video mahupun permainan mudah alih.

Telefon pintar bajet dengan ciri mercu ini akan menemui pengguna di Malaysia pada Jun 2022 pada harga hanya RM699 sahaja.

Dapatkan HUAWEI nova Y70 di pautan ini

HUAWEI WATCH FIT 2

Image

Hadir dengan pembesar suara, pengguna boleh membuat panggilan secara bluetooth dan mendengar muzik ketika bersenam dengan HUAWEI WATCH FIT 2.

Peranti ini turut mempunyai paparan penuh HUAWEI HD AMOLED bersaiz 1.74 inci dengan berat pada hanya 34g memberikan penampilan yang ringan dan anggun, dengan pelbagai pilihan warna tali untuk melengkapkan gaya pengguna.

Kemungkinan tanpa had dengan HUAWEI AppGallery

Pengguna HUAWEI WATCH GT 3 Pro boleh mengakses maklumat, meningkatkan produktiviti dan berhibur menerusi pelbagai aplikasi jam tangan pintar hanya di pergelangan tangan mereka.

Dengan menyambung ke HUAWEI Health, pengguna kini boleh menerokai lebih banyak fungsi aplikasi untuk memaksimumkan penggunaan jam tangan pintar mereka.

Sebagai contoh, melalui bahagian "Watch Faces", pengguna boleh menukar tema muka jam tangan mereka secara bebas untuk disesuaikan dengan citarasa mereka.

Pengguna juga boleh memulakan navigasi dengan aplikasi Petal Maps pada telefon pintar dan secara automatik HUAWEI WATCH GT 3 Pro turut akan memuatkan laluan yang sama membolehkan pengguna mencari laluan yang betul hanya dengan melihat pergelangan tangan.

Pratempah siri peranti mercu HUAWEI sekarang

Image

HUAWEI WATCH GT 3 Pro kini tersedia untuk pratempahan mulai 19 Mei hingga 26 Mei 2022 pada harga bermula RM1,399.

Klik pautan berikut atau dapatkan di HUAWEI Experience Store, kedai dalam talian di Shopee dan Lazada.

HUAWEI WATCH GT 3 Pro (Titanium) percuma HUAWEI Band 6

HUAWEI WATCH GT 3 Pro (Seramik) percuma HUAWEI FreeBuds Lipstick

Pratempah juga HUAWEI P50 pada harga RM2,999 dan anda berpeluang membawa pulang HUAWEI Freebuds Lipstick. 

Bagi HUAWEI P50 Pro, pelanggan juga bakal membawa pulang HUAWEI Band 6 sekiranya anda pra tempah mulai 19 Mei hingga 3 Jun 2022 pada harga RM3,699.  

Pelanggan yang inginkan HUAWEI WATCH FIT 2, anda boleh mendapatkan peranti ini bermula dari harga RM599 mulai 27 Mei 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti mercu keluaran HUAWEI, klik pautan ini.

Berita Harian X