Jumaat, 30 Oktober 2020 | 2:35pm
Peranti terbaru HUAWEI mula dilancar hari ini. - FOTO HUAWEI
Peranti terbaru HUAWEI mula dilancar hari ini. - FOTO HUAWEI

Peranti terbaru HUAWEI gabung teknologi pintar dengan gaya

KUALA LUMPUR: Sistem pembatalan hingar aktif (ANC) adalah teknologi popular yang digunakan peranti fon telinga dan kepala.

Serentak dengan pengenalan model telefon pintar terbaharu, HUAWEI Mate 40, HUAWEI melancarkan fon kepala mercu pertama, HUAWEI FreeBuds Studio sebagai saingan kepada model sedia ada di pasaran.

Pada masa yang sama, HUAWEI sekali lagi bekerjasama dengan jenama kaca mata terkemuka dari Korea Selatan menerusi HUAWEI X GENTLE MONSTRE Eyewear II yang menggabungkan kaca mata pintar dengan gaya terkini.

Menerusi dua peranti terbaharunya, HUAWEI komited menjadi peneraju industri teknologi dengan gaya.

Kelebihan HUAWEI FreeBuds Studio berbanding jenama pesaing

HUAWEI FreeBuds Studio fon kepala mercu pertama. - FOTO HUAWEI

Menyokong kualiti audio Hi-Fi (tahap bunyi), HUAWEI FreeBuds Studio memberikan tindak balas frekuensi ultra lebar dari 4Hz sehingga 48kHz berbanding fon kepala biasa yang memberikan tindak balas frekuensi di antara 20 Hz dan 20kHz sahaja.

Ia memberikan lebih perincian audio apabila mendengar muzik beresolusi tinggi dan  mampu membatalkan bunyi hingar sehingga 40dB secara automatik kepada tiga mod berbeza ultra, umum atau tenang mengikut keadaan.

Menerusi mod kesedaran pula, fon kepala ini mampu mengurangkan suara lingkungan dan meningkatkan suara manusia tanpa perlu menanggalkannya.

Kelainan yang hanya ada pada HUAWEI FreeBuds Studio ini, ia mampu membuat sambungan dwi peranti, yang memberikan pengguna pengalaman mendengar muzik dan menjawab panggilan telefon melalui peranti yang sama.

Fon kepala ini turut mempunyai hayat bateri yang tahan sehingga 24 jam apabila ANC dimatikan dan 20 jam dengan pengaktifan sistem hingar. Pengecasan pantasnya pula, memerlukan 10 minit sahaja untuk bateri tahan sehingga lapan jam.

Reka bentuknya yang diilhamkan dari gramofon, memberikan gaya minimalis dan lebih keselesaan apabila menggunakan HUAWEI FreeBuds Studio.

Kolaborasi generasi kedua

Kolaborasi generasi kedua. - FOTO HUAWEI

Selain fon kepala mercu dengan sistem hingar bunyi, kolaborasi HUAWEI bersama rangkaian kaca mata Gentle Monster buat kali kedua turut menarik perhatian. 

HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II menampilkan reka bentuk ergonomik fit untuk memberikan pengguna keselesaan tanpa memberikan tekanan kepada hidung atau telinga.

Adaptasi teknologi canggih membantu menghasilkan bingkai yang lebih nipis tanpa butang atau port menjadikannya tampak lebih bergaya dan bersahaja. 

Generasi kedua kolaborasi ini turut ditambah baik menerusi amplitud yang sangat tipis dengan peningkatan 100 peratus berbanding model sebelum ini. Ia menawarkan rangkaian vokal yang luas dan muzik  lebih jelas.

Bagi memberikan lebih privasi kepada pengguna, HUAWEI X GENTLEMONSTER Eyewear II dilengkapi dengan teknologi medan suara terbalik dengan pembesar suara diafragma nipis bagi menghasilkan audio berkualiti tinggi tanpa kebocoran sehingga 12dB serta memastikan perbualan tetap peribadi.

Sistem sentuhan 3D pada kaca mata ini memberikan kawalan pintar di hujung jari, hanya perlu luncurkan jari pada sisi bingkai untuk melangkau lagu dan menyelaraskan audio. Sentuhan dua kali pula untuk menjawab panggilan telefon.

Rebut koleksi peranti pintar HUAWEI

Rangkaian peranti gaya hidup pintar. - FOTO HUAWEI

Komited menerajui kehidupan teknologi kecerdasan buatan (AI), rangkaian peranti seperti HUAWEI X GENTLEMONSTER Eyewear II, FreeBuds Studio, FreeBuds Pro, FreeLace Pro dan FreeBuds 3i dicipta untuk gaya hidup pintar.

Bermula hari ini, pengguna boleh mendapatkan HUAWEI X GENTLEMONSTER Eyewear II dan HUAWEI Studio FreeBuds, masing-masing pada harga RM 1,799 dan RM 1,199.

HUAWEI WATCH GT 2 Pro teman gaya hidup sihat

HUAWEI WATCH GT 2 Pro - FOTO HUAWEI

Jam tangan pintar terbaru dari HUAWEI dilengkapi dengan reka bentuk premium dan sukan canggih serta pemantauan kesihatan, sesuai untuk penjelajah bandar. HUAWEI WATCH GT 2 Pro dirancang dan diprogramkan dengan tahap penjagaan tertinggi dari segi material premium yang digunakan, ciri pintar dan mod latihan yang sangat maju.

Malaysia hanya menjual model sukan dengan tali hitam, dan tali kulit boleh dibeli secara berasingan.

Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian di HUAWEI Store atau HUAWEI Experiences Stores di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut layari HUAWEI Online Store.

Berita Harian X