Selasa, 27 Oktober 2020 | 1:53pm
HUAWEI MateBook 14 akan dijual bermula 30 Oktober ini. - FOTO HUAWEI.
HUAWEI MateBook 14 akan dijual bermula 30 Oktober ini. - FOTO HUAWEI.

HUAWEI MateBook 14 penanda aras komputer riba ringan dengan prosesor berprestasi tinggi

KUALA LUMPUR: Komputer riba dengan rekaan estetik FullView Display dan spesifikasi yang menakjubkan, HUAWEI MateBook bukanlah jenama asing di pasaran.

Kembali dengan siri terbaharu, HUAWEI MateBook 14, siri ini berjaya mendapat penilaian Terbaik Keseluruhan daripada Tech Advisor. 

Selain penambahbaikan rekaan, HUAWEI MateBook 14 mengukuhkan reputasi jenama HUAWEI dalam kalangan pengguna untuk kesemua siri produknya.

Menampilkan rekaan 2K Fullview Display yang ikonik dan mengagumkan, HUAWEI MateBook 14 dijangka menjadi komputer riba ringan terbaik serta mampu milik yang akan dijual pada harga bermula RM3,799.

 Skrin terbaik antara komputer riba ringan di pasaran

Tahun 2018, HUAWEI menjadi jenama pertama yang memperkenalkan FullView Display telefon pintar kepada komputer riba.

Menjadi komputer riba pertama dengan paparan penuh, HUAWEI MateBook X Pro dipadankan dengan resolusi 3K dan 91 peratus ultra tinggi nisbah skrin ke kerangka.

HUAWEI MateBook 14 pula, menggunakan resolusi paparan berdefinisi tinggi 2160x1440 dengan PPI mencapai 185 bagi memudahkan urusan kerja dan rekaan harian melalui paparan skrin lebih halus.

Lebar kerangka kiri dan kanan HUAWEI MateBook 14 hanya 4.9 milimeter (mm) bagi menampakkan rekaan FullView empat sisi bezel mikro dengan nisbah skrin ke kerangka sehingga 90 peratus. 

Ini menjadikan, ia satu-satunya komputer riba dengan paparan 2K FullView yang berada dalam linkungan harga sama.

Liputan gamut warna sRGB dengan 100 peratus keluasan (nilai tipikal) memadai untuk kebanyakan komputer riba 14 inci. Warna yang dipaparkan cukup terang untuk lebih kawalan warna dalam penghasilan rekaan.

Kecerahan 300 nits (nilai tipikal) memberikan pengalaman menonton yang baik walaupun berada di persekitaran luar. Nisbah kontra tinggi hingga 1500: 1 (nilai tipikal) menghalang paparan gambar dan video kelihatan kelabu.

Skrin penuh 2K MateBook 14 menggunakan teknologi keselesaan mata dengan cahaya-biru-rendah yang diperakui oleh German TÜV Rheinland yang turut diguna pakai telefon pintar dan tablet HUAWEI.

Menggunakan kombinasi lembut dan keras, teknologi ini menyesuaikan keseimbangan putih dan warna skrin secara automatik sebagai penapis cahaya biru, sekali gus memberikan keselesaan foto sensitiviti, melegakan keletihan visual dan melindungi mata.

Dilengkapi prosesor berprestasi tinggi

Prosesan AMD pada HUAWEI MateBook 14 lebih pantas dan cekap berbanding model terdahulu. - FOTO HUAWEI

Membuang stigma komputer riba ringan tidak mampu memberikan prestasi terbaik, HUAWEI MateBook 14 dilengkapi pemproses berprestasi tinggi 6-core 12-thread AMD Ryzen 5 4600H atau 8-core 16-thread Ryzen 7 4800H. 

Ciri ini menjadikannya lebih ringan tetapi mampu bekerja dengan pantas selain teknologi binaan prosesor 7nm serta rekaan Zen 2 membantu  menjadikan peranti ini tampak lebih tipis.

Rekaan badan aloi aluminium seberat 1.49 kilogram dan tebal 15.9mm memberikannya sentuhan selesa berbanding komputer riba berprestasi tinggi lain yang lebih berat dan mahal.

Dengan kelebihan ini, fail Powerpoint sebesar 1 gigabait (GB) mampu dibuka dalam hanya  2.5 saat dan suntingan 300 gambar bersaiz 7.5GB boleh dilakukan dalam tempoh 2.6 saat.

Selain itu, melalui Visual Studio ia boleh menggabungkan 3.4 juta kod sepantas empat minit 10 saat sahaja kerana HUAWEI MateBook 14 menggunakan pemproses AMD yang mempunyai prestasi lebih bagus serta lebih efektif dari segi kos berbanding pemproses versi i7.

Tambahan pula, HUAWEI MateBook 14 generasi baharu ini hadir dengan memori dua saluran 16GB dan setoran PCIe NVMe SSD sehingga 512GB. Ia bukan sahaja memudahkan anda membuka perisian, malah dapat menyimpan fail besar dalam setoran rangkaian dalam talian.

Penyebaran haba dengan teknologi telefon pintar

Kipas berganda mengelakkan komputer riba cepat panas. - FOTO HUAWEI

Komputer riba nipis dan ringan mudah panas apabila digunakan terlalu lama kerana haba yang dihasilkan terperangkap dan tidak dapat dibebaskan.

Namun tidak bagi HUAWEI MateBook 14 yang menggunakan rekaan baharu yang cekap dan mempunyai lapisan struktur penyebaran haba.

Ia dilengkapi kipas penyejuk sirip jerung 0.15-0.2mm berbentuk S yang dinaik taraf bagi meningkatkan ruang bendalir dan memperbaiki keadaan aliran masuk; lebih dari 79 bilah berketumpatan tinggi untuk meningkatkan sekatan bilah pada aliran udara, mengelakkan penghasilan pusaran, membiarkan aliran udara cepat berlalu, dan meningkatkan kesan penyebaran haba.

HUAWEI MateBook 14 juga dilengkapi dua paip haba untuk membantu kecekapan penyebaran haba. 

Ruang penyebaran haba lebih besar pada papan induk kecil berketumpatan tinggi yang membolehkan ia menampung reka bentuk "kipas berganda" dan "paip haba berganda" dalam kerangka sangat nipis. 

Ia ditambah lagi dengan isi padu udara besar yang dihasilkan oleh kipas berdiameter lebih besar bagi mencapai kesan pelesapan haba "1 + 1> 2".

Selain itu, ia turut dilengkapi teknologi penapisan pintar yang memantau suhu keseluruhan peranti dalam masa sebenar menggunakan enam sensor suhu secara berkesan bagi meningkatkan kecekapan kipas.

Nisbah paparan skrin 3:2 

HUAWEI MateBook 14 menawarkan nisbah paparan 3:2 lebih tinggi berbanding paparan skrin tradisional 14 inci dengan nisbah 16:9,  sekali gus mempunyai ruang lebih luas serta 100 peratus sRGB gamut yang melindungi mata pengguna.

Menggunakan paparan 16:9 membuatkan pengguna kehilangan kawasan skrin menegak, namun dengan paparan HUAWEI MateBook 14, ia memberikan paparan skrin lebih luas iaitu 15 garisan berbanding 10 garisan dengan komputer riba biasa. 

Ini pasti memberikan kemudahan bagi mengendalikan urusan pejabat, melayari internet untuk mencari maklumat dan memproses lembaran Excel atau dokumen Word.

Komputer riba ringan dengan konsep telefon pintar

Inovasi komputer riba ringan daripada telefon pintar. - FOTO HUAWEI

Keberanian HUAWEI menggunakan konsep telefon pintar kepada komputer adalah satu inovasi dalam industri komputer riba ringan, malah jelas memaparkan kelebihan utama jenama ini.

HUAWEI mengguna pakai konsep popular seperti FullView Display, kawalan berbilang sentuhan, penyebaran haba yang cekap, pengecas pantas dan interaksi pintar.

Menggunakan idea yang sama, HUAWEI MateBook 14 menghasilkan ciri sentuhan hebat yang menyokong sentuhan sepuluh titik bagi membolehkan pengguna melakukan tangkapan skrin dengan hanya melakukan leretan tiga jari atau melukis bentuk untuk tangkapan di kawasan tertentu.

Ia juga mengesan apa saja teks secara automatik di kawasan tangkap skrin dan pengguna boleh menyalinnya ke dalam dokumen dengan mudah.

Menerusi kolaborasi berbilang skrin unik HUAWEI, pengguna hanya perlu fokus pada skrin komputer riba untuk berkongsi skrin telefon pintar serta leret dan lepas terus ke dalam skrin untuk memindahkan fail, selain boleh menerima panggilan audio atau video.

Teknologi ikonik yang ada pada telefon pintar HUAWEI, HUAWEI SuperCharge turut ada pada HUAWEI MateBook 14 kerana ia dilengkapi pengecas 65W USB-C yang beratnya hanya 160 gram.

Ia sesuai dimasukkan ke dalam poket dan juga mampu mengecas telefon pintar HUAWEI yang menyokong HUAWEI SuperCharge™.

Dengan bateri berkapasiti besar sehingga 56 Wh (keupayaan dinilai), digabungkan dengan teknologi penjimatan kuasa pintar HUAWEI, HUAWEI MateBook 14 boleh digunakan sehingga dua jam 30 minit selepas 15 minit ia dicas pantas.

Penggunaan cap jari lebih mudah dan selamat. - FOTO HUAWEI

Kelainan yang hanya ada pada HUAWEI MateBook 14 semestinya butang kuasa menggunakan cap jari dan butang kuasa dua dalam satu pada sistem Windows yang menggabungkan ciri keselamatan dan kemudahan. 

HUAWEI menggunakan kepakaran teknologi cap jari dari telefon pintar dengan memberikan pengguna pengalaman baharu menggunakan komputer riba.

Dengan hanya menekan butang untuk mematikan kuasa, sistem operasi komputer akan hidup semula kemudian log masuk ke Windows tanpa perlu mengesan semula cap jari. 

Selain itu, papan kekunci lampu latar saiz penuh yang hadir pada HUAWEI MateBook 14 juga mempunyai tiga tahap pelarasan lampu latar, mengoptimumkan perjalanan kunci dan papan kekunci dan menambah keluasan kawasan pad sentuh menjadikan operasi input dan isyarat lebih mudah.

HUAWEI MateBook 14 turut menyertakan port fon telinga, telefon pintar, pemacu kilat dan keperluan lain bagi memudahkan urusan harian.

Berbanding komputer riba ringan lain, HUAWEI MateBook 14 mempunyai teras yang lebih kuat, kualiti skrin terbaik pada tahap harganya, dan nilai tambah kualiti serta ekologi lengkap dari perspektif reka bentuk dan pertukangan.

Mula dijual, 30 Oktober ini di Malaysia pada harga bermula RM3,799. Pra tempahan boleh dilakukan di mana-mana HUAWEI Store pilihan atau menerusi laman dagang Shopee, Harvey Norman dan Senheng. Jangan lepaskan peluang ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14, layari HUAWEI Online Store.

Berita Harian X