Khamis, 10 September 2020 | 2:32pm
Platform e-dagang nombor satu di Malaysia, Shopee.
Platform e-dagang nombor satu di Malaysia, Shopee.

Shopee '9.9 Super Shopping Day' jual 12 juta barangan dalam tempoh sejam

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang nombor satu di Malaysia, Shopee menjual lebih 12 juta barangan dalam tempoh sejam pertama '9.9 Super Shopping Day'.

Dikuasai oleh ekosistem Shopee yang kukuh, 9.9 Super Shopping Day membawakan hiburan dan tawaran membeli-belah yang hebat kepada pengguna dan mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk penjual serta rakan jenama.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata syarikat berterima kasih kepada pengguna, penjual dan juga rakan jenama atas sokongan padu yang diberi terhadap '9.9 Super Shopping Day'.

"Tahun ini, kami mempunyai matlamat yang ringkas dan jelas bagi acara membeli-belah tahunan khas iaitu membantu komuniti pulih daripada kesan pandemik global.

"Ini termasuk mempercepatkan pemulihan untuk penjual dan rakan jenama sambil menawarkan

pengalaman membeli-belah yang unggul kepada pengguna.

"Kami gembira kerana sekali lagi berjaya mencapai prestasi luar biasa yang memecah rekod. Ini menunjukkan komitmen kami untuk berkembang bersama dengan komuniti dan perniagaan yang menerima perkhidmatan Shopee," katanya dalam satu kenyataan.

'9.9 Super Shopping Day' adakah batu loncatan bagi pemulihan ekonomi kerana penjual dan

rakan jenama di rantau ini memaksimumkan jualan di Shopee.

Jenama dan penjual yang mengambil bahagian dalam kempen itu mencatatkan peningkatan jualan, dengan 700,000 produk dijual dalam seminit pada kemuncaknya semalam.

Ekosistem Shopee yang kukuh memastikan urusan jual beli atas talian kekal lancar walaupun aktiviti

membeli-belah memuncak semasa '9.9 Super Shopping Day'.

Penjual dan rakan jenama memanfaatkan rangkaian logistik bersepadu Shopee untuk memenuhi pesanan mereka, sementara pengguna menikmati transaksi yang lancar dengan pelbagai pilihan pembayaran di Shopee, termasuk dompet mudah alihnya, ShopeePay.

Berita Harian X