Khamis, 19 March 2020 | 6:27pm

Perkhidmatan penghantaran VIP bagi pelancaran HUAWEI Mate Xs pada 20 Mac

KUALA LUMPUR: Selaras Perintah Larangan Pergerakan dilaksanakan kerajaan yang bertujuan mengelakkan pertambahan kes COVID-19 dalam negara ini, HUAWEI membawa tawaran istimewa perkhidmatan penghantaran VIP ke rumah bagi pelancaran jualan Mate Xs terbaharu pada 20 Mac ini.

Ia kali pertama dalam sejarah dibawakan oleh HUAWEI, sekali gus tarikh pelancaran jualan Mate Xs yang diwar-warkan pada 20 Mac tetap akan berlangsung seperti dirancangkan.

Tawaran itu membolehkan pelanggannya tidak ketinggalan memiliki telefon lipat Mate Xs yang menampilkan ciri canggih yang menepati cita rasa dan gaya hidup segenap segmen.

Perkenal perkhidmatan penghantaran ke rumah VIP pertama

Perkhidmatan pertama kali daripada firma pengeluar telefon pintar terkemuka China, membolehkan setiap pembelian Mate Xs daripada kedai e-dagang dihantar pihak HUAWEI ke pintu rumah pelanggan, sekali gus memastikan pemiliknya menikmati sepenuhnya telefon pintar lipat tanpa tandingan.

Dalam memenuhi permintaan Mate Xs itu, HUAWEI mempertingkatkan kemampuan e-dagangnya di mana pelanggan boleh memilih sama ada pesanan mereka dihantar ke rumah atau mengambilnya di kedai HUAWEI terdekat pilihan mereka.

Dalam memastikan keselamatan dan jaminan kesihatan pelanggan wakil pengantar dispatch akan memakai topeng muka, selain terlebih dahulu menelefon bagi mengesahkan lokasi penghantaran serta melakukan sanitasi kiriman di hadapan pelanggan sebelum penyerahan.

Menariknya, pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan selepas jualan menerusi maklumat peribadi yang diberikan.

Jaminan tiga bulan penggantian skrin

Berkenaan jaminan tiga bulan penggantian skrin, ia memberi ketenangan kepada pelanggan terutama ketika perintah larangan pergerakan, di samping HUAWEI ada menyediakan pertukaran skrin sekali sahaja dalam tempoh tiga bulan pembelian Mate Xs. Ia merangkumi kerosakan tidak sengaja termasuk jatuh atau perlanggaran lain.

Bagaimanapun jaminan itu tidak boleh dituntut sekiranya pembaikan dibuat pihak rasmi, penyalahgunaan peranti, pemasangan peranti tidak betul atau kerosakan disebabkan tumpahan makanan, cecair, karat atau penggunaan voltan salah.

Jaminan tiga bulan itu didatangkan dengan faedah lain iaitu HUAWEI’s Freebuds 3 bernilai RM679 dan sarung kulit khas untuk Mate Xs bernilai RM299.

Peranti mewah ini dilengkapi pemproses Kirin 990 dengan sambungan teknologi 5G cip SoC iaitu antara paling tercanggih pernah dihasilkan HUAWEI.

Dengan revolusi Mate Xs ini mempunyai teknologi Multi-Window yang mempunyai sokongan kepada aplikasi Multiplier. Selain itu ia mempunyai teknologi Falcon Wing Hinge iaitu skrin utama bersaiz 6 inci apabila dilipat dan menjadi selebar 8 inci apabila dibuka.

Lagi istimewa, HUAWEI Mate XS mempunyai keupayana sokongan standalone (SA) and non-standalone (NSA) rangkaian mod 5G dengan dilengkapi mod 5G + 4G kad dual-SIM-card.

Fungsi kameranya pula, telefon pintar lipat ini mempunyai integrated front-rear camera yang memberikan SuperSensing Quad Camera.

Bagi pasaran Malaysia, pengguna HUAWEI model ini boleh memuat naik Facebook, WhatsApp, WeChat, TikTok, Lazada, Airasia Big, JOOX, Dahmakan, Touch’nGo dan banyak lagi. Aplikasi ini adalah selamat digunakan, dilengkapi aplikasi cool dikenali QuickApp yang membenarkan penggunaan tanpa perlu dimuat naik, sekali gus menjimatkan penstoran ruang dalaman telefon. Jangan lupa tebus 50GB Huawei Cloud percuma.

Maklumat lanjut boleh layari YouTube di pautan YouTube.com/HuaweiMobileMy atau Facebook rasmi dan HUAWEI Online Store.

Sokongan pelanggan

HUAWEI mahukan pelanggannya yakin bahawa perkhidmatan sokongannya beroperasi seperti biasa dan bersedia untuk berkhidmat setiap hari, termasuk hari cuti umum. Bantuan satu sama lain boleh didapati melalui saluran berikut:

Hotline - 1800-22-0086 (9 pagi hingga 9 malam)

Livechat melalui Aplikasi Sokongan atau Laman Web Sokongan (9 pagi hingga 6 petang)

Facebook - Huawei Mobile (9 pagi hingga 6 petang)

E-mel - mobile.my@huawei.com

WhatsApp - 012-6855652 (9 pagi - 6 petang)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati Huawei.com/my

Berita Harian X