Isnin, 9 Disember 2019 | 5:01pm

HUAWEI nova 5T Harga Istimewa 12:12

KUALA LUMPUR: Telefon pintar HUAWEI nova 5T yang diperkenalkan pada KLFW 2019 lalu dilihat antara peranti berjaya memenuhi cita rasa golongan muda dengan prestasi dan ciri kamera terbaik.

Melihat sambutan memberangsangkan, ini adalah masa yang tepat bagi mereka yang ingin mendapatkan HUAWEI nova 5T kerana HUAWEI Malaysia secara rasminya mengadakan kempen 12:12.

Apa yang anda perlu lakukan ialah dapatkan baucar eksklusif dalam talian bernilai RM200 hanya di HUAWEI Online Official Store bermula sekarang untuk memastikan anda mendapatkan telefon berkenaan pada harga RM1,399 saja.

Beri peluang mengambil gambar dengan kamera AI

Menariknya mengenai HUAWEI nova 5T ini ialah ia datang dengan lima kamera kecerdasan buatan (AI) yang mana empat kamera di bahagian belakang dan satu kamera swafoto di bahagian depan pada saiz 32 megapiksel (MP).

Kamera swafoto 32MP itu tersembunyi di bawah 6.26” All-View Display untuk memastikan paparan skrin lebih maksimum bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.

Empat kamera di bahagian belakang peranti itu terdiri daripada kamera utama dengan saiz 48 MP; kamera ultra luas (16 MP); kamera makro (dua MP) dan kamera 'depth' pada saiz 2MP.

HUAWEI nova 5T kerana ia turut menampilkan ciri AIS Super Night Mod yang membolehkan gambar dirakam dalam keadaan kehadiran cahaya amat rendah, bagi memastikan momen dirakam berada dalam keadaan terbaik.

Prestasi memberangsangkan

Prestasi HUAWEI nova 5T berada pada tahap terbaik kerana ia dilengkapi dengan set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia, menggunakan set chip terunggul HUAWEI sendiri iaitu Kirin 980 lengkap dengan 8GB RAM dan 128GB ROM serta teknologi storan ultra pantas UFS 2.1.

Dengan pengendali pintar EMUI 9.1 dan Dual NPU dengan dua AI set cip, ia membenarkan ciri seperti Spotlight Reel secara automatik menganalisis menerusi video RAW untuk membolehkan pengguna mengenalpasti bingkai terbaik dan klip eksklusif dalam tempoh 10 hingga 15 saat.

HUAWEI nova 5T ini juga dikuasakan dengan bateri 3750mAH yang didatangkan dengan teknologi 22.5W SuperCharge bagi membolehkan bateri dicaj lebih 50 peratus dalam tempoh 30 minit saja.

Reka bentuk terkini

Menyentuh mengenai reka bentuknya pula, ia menampilkan rekaan inovasi dinamik dalam industri telefon bimbit. Paparan 6.26” All-View Display menawarkan nisbah skrin badan 91.7 peratus, sentuhan yang lancar, rekaan tipografi monogram Midsummer Purple dengan tiga warna ditampilkan iaitu ungu biru dan hitam dengan kesan bergemerlapan.

Antara kelebihan lain lagi ialah, pengguna akan merasai pengalaman lebih lancar dengan sentuhan jari pada bahagian tepi untuk memastikan telefon pintar anda boleh dihidupkan dengan menggunakan satu tangan saja.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan baucar eksklusif dalam talian bernilai RM200 hanya di HUAWEI Online Official Store untuk menikmati penjimatan harga nova 5T pada harga RM 1,399 termasuklah barangan percuma iaitu AP38 caj kereta SuperCharge, kotak hadiah Nova dan tripod bernilai RM 285.

Maklumat lanjut layari HUAWEI Online Official Store

Berita Harian X