Sabtu, 30 November 2019 | 9:27pm
MODEL bersama telefon baru keluaran OPPO, Reno 10 X Zoom 12GB RAM pada pelancaran rasmi "OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.
MODEL bersama telefon baru keluaran OPPO, Reno 10 X Zoom 12GB RAM pada pelancaran rasmi "OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

OPPO buka konsep Experience Zones

KUALA LUMPUR: Jenama peranti pintar global terkemuka, OPPO meluaskan lagi empayar jenamanya dengan membuka kedai pertama seumpamanya yang memiliki kemudahan 'Experience Zones' dan 'Service & Repair Zone' di pusat membeli-belah di ibu kota.

Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Nikki Chen, berkata kedai dengan konsep berkenaan dibuka dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan dan pengalaman terbaik kepada pengguna setia OPPO.

Katanya, menerusi penyediaan pengalaman kreatif dan inovatif sama ada dalam talian atau secara 'offline', ia menjadikan OPPO terus bertahan sebagai jenama pilihan utama dengan sambutan memberangsangkan untuk terus berada dalam pasaran industri telefon pintar.

"Konsep kedai ini sangat menarik dengan elemen futuristik berwarna putih serta hijau yang direka semata-mata untuk membina hubungan baik antara pengguna dan jenama, selain memberi peluang pengguna merasai sesuatu yang moden dan selesa sambil melihat produk terbaharu OPPO.

"Malah pameran telefon pintar sedia ada dengan kombinasi Internet of Things (IoT) turut ditawarkan untuk keterujaan pengalaman yang lebih kepada pelanggan.

"Ini adalah usaha OPPO untuk menguatkan jenama di negara ini memandangkan ia semakin mendapat permintaan tinggi dikalangan pelanggan premium,' katanya pada pelancaran kedai OPPO, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah selebriti duta OPPO, Zul Ariffin.

Nikki berkata, pembukaan kedai ini juga seiring dengan trend pengguna yang gemar membeli dalam talian, justeru dengan adanya stor secara fizikal ini, mereka boleh membuat perbandingan dan mendapatkan maklumat mengenai teknologi telefon pintar OPPO yang terkini.

"Berdasarkan laporan Canalyst, OPPO masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama kedua pilihan pengguna di pasaran Malaysia sejak Q3 2018.

KETUA Pegawai Eksekutif, OPPO Malaysia, Garry Gong (tengah) bersama pengurusan OPPO Malaysia pada pelancaran rasmi "OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. Turut hadir, pelakon, Zul Ariffin (tiga dari kanan) dan model, Joey Chua (tiga dari kiri). NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

PELAKON, Zul Ariiffin dan model, Joey Chua bersama telefon baru keluaran OPPO, Reno 10 X Zoom 12GB RAM pada pelancaran rasmi "OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.
PELAKON, Zul Ariiffin dan model, Joey Chua bersama telefon baru keluaran OPPO, Reno 10 X Zoom 12GB RAM pada pelancaran rasmi "OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

ANTARA pengunjung yang hadir pada pembukaan rasmi "OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.
ANTARA pengunjung yang hadir pada pembukaan rasmi "OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

"OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.
"OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

"OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.
"OPPO Flagship Store"di The Garden Mall. NSTP/Khairul Azhar Ahmad.

"Justeru pada masa hadapan, OPPO merancang untuk meletakkan Malaysia sebagai antara cawangan utama APAC," katanya.

Pada majlis sama, OPPO turut melancarkan model terbaharunya OPPO Reno 10x Zum 12GB RAM yang bakal memberikan kelainan terutama dalam landskap perniagaan di negara ini.

Model terbaharu itu dapat menyokong aktiviti harian pengguna khususnya yang bergantung kepada penggunaan telefon pintar sepanjang hari.

Ia lebih berkuasa, lancar, pengecasan pantas dengan kapasiti bateri 4065 mAh, rekaan premium dengan warna 'Ocean Blue' serta kamera utama 48MP, Sony IMX 586 48MP dan 48MP lensa HD dan bermacam kelebihan lagi.

OPPO Reno 10x Zum 12GB RAM akan dilancarkan pada 7 Disember ini di semua rakan perdagangan, kedai utama OPPO, dalam talian dan rakan telco.

Pra tempahan bermula 1 hingga 6 Disember ini dan pelanggan akan menerima hadiah iaitu pencetak Fujifilm bernilai RM548.

Berita Harian X