Jumaat, 18 Oktober 2019 | 7:43pm

Mod Video Stabil Ultra serlahkan teknologi fotografi dan videografi canggih, OPPO Reno2

BULAN lepas, OPPO Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar dengan empat kamera, iaitu OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020.

Kedatangan Oktober membawa satu lagi kejutan dengan kehadiran, telefon pintar Siri OPPO Reno2 yang turut menyaksikan gelombang kedua telefon empat kamera OPPO, bakal melanda Malaysia.

Pastinya, kemunculan Siri OPPO Reno2 tidak hanya menekankan kepada kreativiti DNA siri Reno itu sendiri atau menerusi perkenalan kepada idea storygrapher semata-mata. Sebaliknya, penampilan, dan kualiti medianya juga kini sudah dinaiktaraf menjadi lebih baik. Patutlah Duta OPPO Reno2 Neelofa

tidak boleh berhenti memberi pujian pada OPPO Reno2 ini.

Ia didatangkan dengan teknologi fotografi canggih kerana kamera yang ditawarkan oleh Reno2 ini adalah 48MP Kuad Kamera yang mampu menyokong dan menghasilkan gambar atau video jelas. Ini kerana lensa utamanya ialah 48MP + 8MP lensa lebar + 13MP lensa telefoto + 2MP lensa mono.

Lebih menarik lagi, ia sedia untuk merakam apa sahaja gambar atau video yang anda impikan; dekat atau jauh, bergerak atau tidak dan malam mahu pun siang. Yang membataskan hanya imaganisi anda!


1X Zum Standard


2X Zum Standard

5x Hibrid Zum


20x Digital Zoom

Kamera ini dengan 5x hibrid zum dan sehingga 20x digital zum turut menyediakan kombinasi lensa zum termasuk lensa lebar, kamera utama dan lensa fokus dengan fokus setara iaitu 16mm, 26mm dan 83mm. Peralihan zum optik juga adalah lebih kurang dua kali. Malah ia turut mempunyai teknologi imej ‘fusion’ untuk memastikan imej terhasil cantik. Ini bermaksud, gambar berkualiti tinggi dalam keadaan yang jauh seperti penyampaian di mana maklumat bertulis perlu dilihat atau persembahan konsert yang mana pengguna ingin mengambil gambar yang jelas. Malah Reno2 ini juga boleh menghasilkan video zum sehingga 5X hibrid zum dan 20X digital zum, dengan lensa lebar dan lensa telefoto panjang, namun tidak menyokong 1080P 60fps ketika video diambil, tetapi kamera utama menyokong 1080P 60fps.

Selain itu, Mod Ultra Steady dan Mod Ultra Dark adalah tarikan utama kepada penjualan Siri OPPO Reno2 ini. Ini dilihat penting kerana video pendek dan vlog kini menjadi satu trend, malah menghasilkan kandungan kreatif sudah menjadi satu perkara biasa. Justeru, Mod Ultra Steady menjadi faktor utama kompetitif untuk OPPO Reno2 ini.

Dengan adanya kedua-dua ciri itu, OPPO Reno2 dapat membantu meneroka setiap yang berada di sekeliling anda dan membawa kepada anda dengan cara sangat luar biasa.

Yang pastinya, menerusi kelebihan fungsi kamera yang diberikan itu dan OPPO sebagai industri utama dalam teknologi penstabilan, Mod Ultra Steady mampu menstabilkan gambar dan video yang diambil tanpa mengira apa saja aktiviti seperti berjoging, melancong dan berbasikal. Oleh demikian, Siri Reno2 ini sangat ideal untuk anda.

Lebih-lebih lagi, ia dilengkapi dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan Penstabilan Imej Optikal (OIS), yang menjadikan gambar diambil lebih tepat, termasuklah 60fps ‘frame rate’ yang membantu memastikan imej stabil, tepat dan secara keseluruhannya berkualiti.


MOD Malam Ultra OFF

MOD Malam Ultra ON

Dari sudut gambar pula, teknologi Mod Ultra Dark itu dihasilkan khusus ketika dalam keadaan cahaya rendah kerana mampu menangkap gambar yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebagai contoh, kamera yang di dedikasi dengan kecerdasan buatan (AI) mampu mencerahkan imej yang ditangkap.Anda boleh menangkap gambar walaupun dalam keadaan cahaya yang sangat rendah. anda tidak memerlukan lampu denyar untuk memastikan gambar anda cerah.

OPPO Reno2 mempunyai kesan Bokeh yang boleh menghasilkan video dengan latarbelakang kabur juga boleh ditetapkan. Kedua-dua kamera belakang dan depan menyokong fungsi kabur khusus untuk satu subjek saja. Kesan kabur ini setanding dengan apa yang boleh dilakukan oleh kamera SLR, yang mana ia boleh memberi penekanan kepada objek terpilih.

Lebih hebat lagi, ia turut boleh melakukan audio zum yang mana ia membolehkan pengguna menguatkan bunyi ketika zum objek supaya dapat menghasilkan impak video lebih bagus terutamanya ketika menghasilkan video semasa angin kuat dan sebagainya.

Beralih kepada rekaannya pula, Reno2 ini didatangkan dengan Sunlight AMOLED Screen yang mana ia memberikan pencahayaan pada siang hari secukupnya biarpun ketika berada di kawasan luar yang terang, malah jangka hayat skrin juga akan lama sehingga 50 peratus dan mengurangkan penggunaan kuasa sehingga enam peratus.

Sementara itu, pada waktu malam pula, Reno2 meningkatkan keupayaan pengalaman pengguna dengan memasukkan penapis cahaya biru bagi melindungi mata pengguna dengan menurunkan sehingga 37.5 peratus cahaya biru berbanding Reno yang berupaya memberi keselesaan pada mata anda ketika waktu malam.

OPPO Reno2 adalah telefon pintar pertama yang diiktiraf dengan pensijilan paparan penjagaan penuh daripada TUV Rehinland iaitu spesifikasi tertinggi untuk paparan telefon mudah alih.

Menyentuh mengenai kelajuan sistemnya, ia menggunakan 8GB RAM+256GB ROM, dikuasakan oleh Snapdragon 730G, Hyper Boost 2.0, teknologi pengecasan pantas ia tidak berbahaya dan tidak terlampau panas. VOOC Power Charger 3.0, anda boleh bersambung bermain video sambil mengecas telefon.

Warna yang didatangkan ialah Luminious Black dan Sunset Pink. Pengguna yang ingin mendapatkannya perlu melakukan pra-tempahan sehingga 25 Oktober ini di semua Konsep Stor OPPO, pengedar rasmi OPPO atau di atas talian di website rasmi OPPO, rakan e-dagang di Lazada atau Shopee, rakan telco seperti Celcom, Digi, Maxis dan rakan OPPO Chainstore seperti Senheng, senQ, DirectD dan ThunderMatch.

Pra tempahan pelanggan akan menerima setahun jaminan unutk perlindungan skrin dan beg eksklusif OPPO Reno berharga RM318.

OPPO Reno2 akan dijual bermula 26 Oktober ini dan seterusnya di setiap Konsep Stor OPPO Concept Store, pengedar rasmi, rakan dagang, rakan telco dan rakan OPPO Chainstore.

Jelajah khusus untuk Reno2 pada 26 Oktober ini akan diadakan di Sunway Pyramid. Selain daripada itu, anda juga berpeluang mendapat beg eksklusif OPPO Reno berharga RM 199 termasuklah bank bateri berharga RM 269, Enco Q1 berharga RM 599 yang semuanya bernilai RM1,067.

Berita Harian X