Khamis, 17 Oktober 2019 | 5:22pm

Singapura mula khidmat 5G menjelang 2022

SINGAPURA: Semua penyedia telekomunikasi di Singapura diminta memperkenalkan perkhidmatan 5G menjelang 2022 bagi mengekalkan daya saingnya dalam pembangunan teknologi.

Pengawal selia telekomunikasi negara itu berkata, ia akan memilih dua pengendali rangkaian untuk menggunakan jalur spektrum 3.5GHz secara mandiri, manakala dua yang lain akan mendapatkan ‘bandwidth’ untuk menaik taraf infrastruktur 4G sedia ada kepada 5G.

Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA), yang sebelum ini menyasar sekurang-kurangnya dua syarikat telekomunikasi untuk 5G, menetapkan harga asas minimum AS$40 juta untuk setiap peruntukan ‘bandwidth’ bagi rangkaian mandiri, menurut kenyataannya hari ini.

Pengawal selia menjangkakan untuk memulakan penganugerahan spektrum pada pertengahan tahun depan.

Rangkaian 5G adalah perlu untuk memastikan kelebihan daya saing Singapura, kata Menteri Komunikasinya, S Iswaran dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu pemberita bahawa harga untuk ‘bandwidth’ itu adalah pada kadar ‘pertengahan’ daripada yang di pasaran luar negara.

Peruntukan spektrum akan membolehkan penyedia telekomunikasi Singapura menawarkan perkhidmatan 5G menjelang 2020, manakala beberapa negara lain di rantau ini termasuk China dan Korea Selatan telah menawarkan beberapa sambungan 5G komersial.

Rangkaian mandiri dilihat sebagai penting untuk membangun dan menggerakkan aplikasi dari pemanduan autonomi ke pembedahan jarak jauh dan automasi kilang.

Kos untuk membina rangkaian sedemikian boleh menjejaskan keuntungan penyedia telekomunikasi termasuk Singapore Telecommunications Ltd (Singtel) dan StarHub Ltd, yang meminta kerajaan menjadikan ‘bandwith’ sebagai murah atau percuma.

Singtel, seperti yang diketahui syarikat, berkataia sedang mengkaji semula gesaan IMDA berhubung cadangan itu.

Lesen spektrum yang akan dianugerahkan tahun depan akan berterusan selama 16 tahun, demikian menurut pembentangan pengawal selia itu. - Bloomberg

Berita Harian X