Khamis, 17 Oktober 2019 | 1:08pm
KUALA LUMPUR 16 OKTOBER 2019. The OPPO Reno2 with its polished exterior on display during the launch event. NSTP/EMAIL

OPPO perkenalkan Reno 2, Reno2 F

KUALA LUMPUR: Lumpur: OPPO, antara jenama telefon pintar terkemuka, melancarkan dua model baharu Siri Reno2 dan Reno2 F yang mampu memenuhi kehendak pengguna dari segi reka bentuk, kamera dan prestasi melalui inovasi kreatif.

Dengan tetapan kuad kamera 5x Zum Hibrid, pengguna dapat merakam gambar subjek yang jauh pada jarak lebih dekat, selain gambar malam ultra jelas walaupun dalam keadaan hampir tiada cahaya melalui pengunaan Mod Gelap Ultra, selain teknologi Video Ultra Stabil


KUALA LUMPUR 16 OKTOBER 2019. The OPPO Reno2 with its polished exterior on display during the launch event. NSTP/EMAIL

Keupayaan pelbagai perspektif unik Siri Reno2 membolehkan pengguna melihat sesuatu dari sudut berbeza, menangkap perspektif baharu dan segar dari sebalik lensa.

Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia, Nikki Chen, berkata Siri Reno2 memaparkan pelbagai inovasi terkini, terutama dalam membentuk daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan pemiliknya.


Model peraga OPPO siri Reno2 dan Reno2 F.

“Kecanggihan kameranya, selain pelbagai fungsi heba membolehkannya berfungsi dalam pelbagai keadaan dari landskap yang luas hingga ke lorong sempit, termasuk persekitaran malam malap tanpa sinaran bulan.

“Rakyat Malaysia memiliki minat mendalam terhadap fotografi kreatif. Ini menjadikan Siri Reno2 sebagai `teman sempurna’ mereka untuk merakam pemandangan setiap hari dan mengubahnya menjadi sebuah hasil seni,” katanya.

Siri Reno2 dilengkapi dengan empat kamera yang menyediakan sistem pengimejan panjang fokus penuh, selain 5x Zum Hibrid dan lensa Sudut Ultra Lebar.


Duta OPPO, Neelofa peraga siri Reno2.

Ini bermakna imej berkualiti ultra tinggi dan sempurna dalam senario jarak jauh seperti ketika penyampaian, di mana maklumat teks perlu dilihat atau ketika berada di konsert apabila pengguna ingin menangkap gambar artis di atas pentas dapat dilihat lebih jelas.

Ciri kanta sudut ultra lebar memberikan perspektif 116 darjah memberikan prestasi hebat apabila pengguna boleh menangkap landskap lebih luas dan tidak terbatas pada waktu siang atau malam.

Lensa utama 48MP yang dilengkapi dengan Penstabilan Imej Optik, aperture F1.7 dan sensor 1/2-inci bersama-sama dengan teknologi Quad Bayer serta Mod Gelap Ultra Siri Reno2 adalah antara faktor yang mampu menjadikan anda suka kepada model OPPO ini.

Tidak hanya mementingkan kualiti gambar, OPPO juga tampil dengan videografi yang mana ia menggunakan teknologi Mod Video Ultra Stabil yang dapat meningkatkan kestabilan video, membolehkan pengguna mengambil video dengan stabil semasa berlari, bermain ski, papan luncur, berbasikal dan banyak lagi.

Ia dicapai melalu peranti mengukur IMU yang dilengkapi dengan Penstabilan Imej Elektronik dan Penstabilan Imej Optik untuk mengimbangkan tangkapan gambar bergoyang dengan lebih tepat dan bersama-sama kadar bingkai 60fps, meningkatkan penstabilan imej, kelancaran dan kualiti imej secara keseluruhan.

Mengenai rekaannya pula, Siri Reno2 dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.5’, resolusi 2400x1800 dan nisbah skrin ke badan sebanyak 93.1 peratus, diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass generasi ke-6 yang tahan lama dan AMOLED Sunlight yang dapat memanjangkan hayat perkhidmatan skrin sebanyak 50 peratus dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak enam peratus.

Reno2 F dicirikan dengan skrin AMOLED 6.5’ yang lebih kecil dengan resolusi 2340x1080 dan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.1 peratus, diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass generasi ke-5 yang diperkuatkan dan kamera depan terangkat 16MP yang menampilkan Cahaya Atmosfera.

Warna Siri OPPO Reno2 `Twilight Mist’ dengan gabungan warna neon menghasilkan warna yang anggun dan iris yang bergerak dalam cahaya berbeza. Untuk Luminous Black, kawasan pemancaran cahaya menggunakan proses berbalik tekstur nano untuk mencapai kesan pencahayaan dari sudut tertentu.

Berita Harian X