Selasa, 10 September 2019 | 1:00pm
Master Chris Leong (tiga dari kiri) membuat penampilan istimewa di GINTELL IOI City Mall.

Master Chris perunding kesihatan GINTELL

PUTRAJAYA: Pembekal produk penjagaan kesihatan, GINTELL memperkenalkan Pengamal Rawatan Tradisional Cina “Tit-Tar”, Datuk Seri Master Chris Leong sebagai Perunding Kesihatan Jenama GINTELL.

Sempena pengumuman, pengamal rawatan tradisional profesional itu membuat penampilan istimewa dan berkongsi beberapa petua kesihatan bersama peminat serta pelanggan GINTELL di IOI City Mall, dekat sini.

Pada majlis itu, Chris juga mencuba urutan dari kerusi urut, GINTELL DéSpace U.F.O dengan selesa.

Beliau berkata, masalah tekanan boleh berlaku di beberapa bahagian seperti leher, bahu dan sakit belakang disebabkan oleh kurang bersenam atau duduk terlalu lama.

Katanya, justeru teknik regangan yang bersesuaian dapat melegakan masalah tekanan berkenaan dan seterusnya mengelakkan keadaan bertambah serius.

“Kerusi urut GINTELL DéSpace U.F.O dapat membantu kerana ia dilengkapi dengan teknologi urutan ‘Ai Humanized’ iaitu sistem deria seluruh badan dengan deria robotik berganda (MRS) yang dapat mengukur bentuk seluruh badan dan ketinggian dengan tepat untuk memberi urutan khusus kepada anda.

“Selain itu, urutan bebola ‘Ai Quad 3D’ dengan 12 sentimeter (cm) bonjolan keluar dengan empat biji bebola urutan paling mesra dapat mengurangkan tekanan di bahagian bawah pinggul dan melegakan sakit kepala, mencegah insomnia, menggalakkan peredaran darah serta mengurangkan ketegangan otot di sekitar kawasan leher dan bahu,” katanya.

GINTELL DéSpace U.F.O turut dilengkapi dengan Program ‘180° Space Stretch’ untuk membantu melegakan tekanan pada belakang badan dan sendi serta meningkatkan pergerakan belakang secara beransur-ansur dan mempercepat pemulihan otot.

Program ‘Aero V-Track’ adalah untuk menyelaras kedudukan urutan bebola dari kepala ke paha dengan lanjutan 125 cm serta 45 peratus liputan lebih baik berbanding kerusi urutan yang lain.

Urutan Kaki 360° pula menawarkan pengalaman urutan paling lengkap dan merangsang di bahagian betis serta kaki, juga membantu mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan peredaran darah.

Sempena Hari Malaysia, GINTELL menawarkan promosi khas kepada pelanggan dengan rebat sebanyak RM5,000 untuk pembelian DéSpace U.F.O sehingga 30 September ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

158 dibaca
Berita Harian X