Sabtu, 31 Ogos 2019 | 12:42pm

Kamera Pro Grade, lengkap rekaan terkini! HUAWEI nova 5T bawa pengalaman bermakna

KUALA LUMPUR: Ramai beranggapan untuk muat turun gambar di dalam laman sosial masing-masing, perlu mengenakan gaya fesyen hebat, sekali gus dapat menarik perhatian setiap pengikut laman sosialnya.

Namun, sebenarnya gambar yang cantik bukanlah bergantung kepada apa yang digayakan.

Apa yang anda perlukan adalah telefon pintar yang memiliki ciri dan teknologi hebat, hingga mampu menjadikan imej diambil, kelihatan gah serta menakjubkan.


Processed with VSCO with kk1 preset

HUAWEI nova 5T adalah jawapan kepada apa yang anda cari untuk memastikan Outfit Of The Day (OOTD) anda kelihatan sempurna.

Ini kerana ciri yang ditawarkan oleh HUAWEI untuk peranti baharu ini begitu memuaskan dan berbaloi untuk dibeli.

Miliki rekaan bergaya, warna menarik

Bukan saja memiliki ciri terbaik, tetapi rekaan dan warna ditampilkan juga menepati selera orang muda kini yang mahukan sesuatu lebih bergaya dan anggun untuk digunakan, malah ‘sensor unlock’ berada di tepi saja.

Melihat kepada ciri pada HUAWEI nova 5T, ia didatangkan dengan lima teknologi kecerdasan buatan (AI) iaitu 48MP Quad AI kamera di belakang dan kamera depan ialah 32MP untuk memberi hasil terbaik dalam setiap imej yang diambil.

Lima ciri AI itu terdiri daripada kamera swafoto, Ultra-Wide Angle, potret, panorama malam dan gambar hidangan yang dapat memberi gambaran luar biasa pada imej diambil.

Gambar jelas

Untuk yang suka swafoto, nova 5T penuhi citarasa. Ini kerana ciri empat kamera 48 Megapixel utama di belakang dan satu 32MP di hadapan mampu menghasilkan swafoto yang mengagumkan.

Anda juga boleh menjadi jurugambar hebat dengan hanya menggunakan HUAWEI nova 5T kerana gambar diambil jelas biarpun dalam keadaan cahaya sedikit tetapi hasilnya memberikan sentuhan kepelbagaian pada setiap imej serta mampu memberi inspirasi dalam setiap tangkapan imej berkenaan.

Ini kerana Nova 5T menampilkan ciri AIS Super Night Mode yang membolehkan gambar dirakam dalam keadaan kehadiran cahaya yang amat rendah, bagi memastikan momen yang dirakam berada dalam keadaan terbaik.

Jimat bateri

Bagi pengguna tegar yang gemar bermain permainan, HUAWEI nova 5T sangat sesuai kerana ia turut memiliki kuasa GPU Turbo 3.0 yang mampu menjimatkan penggunaan bateri, kualiti visual tinggi dan perjalanan permainan yang lancar serta mode tidak diganggu juga boleh digunakan ketika anda sedang bermain.

HUAWEI nova 5T ini dikuasakan pemproses Kirin 980 serta Dual NPU serta menawarkan pengendali pintar EMUI 9.1 untuk pengalaman penggunaan lebih hebat yang mana pengguna boleh menghasilkan ‘caller ringtone’ sendiri dan Spotlighty Reel untuk orang yang anda sayang.

Tambah hebat lagi, dikuasakan oleh bateri 3750mAH dan teknologi 22.5W SuperCharge yang mana bateri boleh dicas sehingga 50 peratus dalam tempoh kurang 30 minit saja.

Warna memikat

Telefon HUAWEI nova 5T yang dijual pada harga RM1,599 ini boleh didapati dengan warna kilauan metalik dan struktur permukaannya dapat dipadankan dengan gaya harian penggunanya iaitu ungu, biru dan hitam.

Jadi, tunggu apa lagi buatlah pra tempahan anda sekarang bermula 29 Ogos hingga 5 September ini dan berpeluang memiliki hadiah eksklusif termasuklah pembesar suara mini HUAWEI bernilai RM198, pengecas kereta HUAWEI SuperCharge berharga RM127 dan setahun jaminan tambahan (tamat pada 30 September ini).

HUAWEI turut menawarkan jaminan selama setahun kepada pengguna yang membeli HUAWEI nova 5T ini dari sekarang hingga 30 September ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari website HUAWEI Online Store.

Promosi menarik

Lebih menarik lagi, HUAWEI juga menawarkan Program Level-up kepada pengguna nova yang boleh didapati di semua rangkaian HUAWEI bermula 7 September ini.

Program ini hanya untuk pengguna nova untuk menukarkan siri telefon pintar mereka.

Selain itu pra tempahan MediaPad M5 Lite 10 berharga RM1,299 juga boleh dibuat.

Dilengkapi dengan perlindungan mata pelbagai dan sistem bunyi Harman Kardon yang disahkan, tablet bersaiz 10.1 inci ini mempunyai skrin sokongan penuh HD IPS pada 1920 x 1200 piksel dan bateri berkekuatan 7,500 mAh yang ditambah dengan teknologi HUAWEI QucikCharge.

Pelbagai tawaran hadiah eksklusif dengan pembesar suara mini, Mpen yang berharga sehingga RM268 boleh diperoleh. Ia adalah bergantung kepada siapa cepat dia dapat dan boleh melawat ke rangkaian HUAWEI Online Store untuk maklumat lebih lanjut. Sementara stok masih ada.

Siri jelajah nova 5T

Anda yang ingin mengetahui lebih terperinci mengenai HUAWEI nova 5T, boleh kunjungi siri jelajah HUAWEI di lokasi berkenaan:

• Sunway Pyramid, Petaling Jaya: Ogos 3 - 2 September 2019

• Paradigm Mall, Johor Bahru: Ogos 29 - 2 September 2019

• Imago, Kota Kinabalu: Ogos 29 - 1 September 2019

• The Spring, Kuching: Ogos 29 - 1 September 2019

• KB Mall, Kota Bharu: Ogos 29 - 31 Ogos 2019

• Sunway Carnival Mall, Perai: September 3 - 5 September 2019

Pra tempahan HUAWEI nova 5T boleh dibuat menerusi https://nova5tpreorder.3ex.com.my/. Untuk maklumat lanjut boleh layari website HUAWEI.

10339 dibaca
Berita Harian X