Sabtu, 3 Ogos 2019 | 1:20pm

Ambil gambar macam 'expert' bersama Siri OPPO Reno

KUALA LUMPUR: Bagi yang suka mengambil gambar pemandangan seperti laut yang terdampar luas, gunung-ganang memuncak tinggi dan air terjun jatuh menderu, kini tidak perlu risau lagi jika hasilnya tidak secantik seperti diharapkan.

Tanpa perlu menggunakan kamera DSLR, anda boleh untuk mengambil gambar cantik dan setaraf profesional kerana siri terbaharu telefon pintar OPPO, Siri Reno mampu memberikan hasil menakjubkan, sekali gus menjadikan anda seperti jurugambar terulung dan juga menangi hadiah daripada OPPO bernilai sebanyak RM95,000!

Teknologi dan ciri yang ditawarkan pada siri OPPO Reno ini mampu menghasilkan sekeping imej yang cukup menarik dan boleh dianggap berkualiti setanding gambar profesional lain.

Pakar mode (EXPERT MODE) rakam galaksi waktu malam

Bayangkan untuk mengambil gambar bintang bertaburan pada waktu malam menggunakan telefon pintar tidaklah semudah mana, tetapi dengan lensa OPPO Reno 10x Zum mampu memberikan hasil yang sangat menakjubkan.

Lihat gambar malam yang diambil oleh BenHor Photography, imej yang terhasil sangat profesional dan jelas dengan hanya menggunakan siri OPPO Reno saja.

Berikut adalah langkah demi langkah.

Hidupkan kamera, set kepada ‘expert mode’ dan tukar masa kepada 3 saat. Laraskan Exposure kepada 6400 dan 16 saat, WhiteBalance kepada 4000, Manual Focus kepada 0.98. Kini anda boleh mengambil gambar pemandangan malam yang menakjubkan. Ingat, jika ingin mengambil gambar yang jelas pada waktu malam, seeloknya gunakan ‘phone stand’.

Rujuk video yang disertakan untuk bagaimana mengambil gambar pada waktu malam.

10x Hybrid Zoom + 60x Digital Zoom

Menariknya mengenai OPPO Reno 10x Zoom terbaharu ini, ia menawarkan kelebihan 10x Zum Hibrid dan 60x Digital Zum yang dilengkapi dengan lensa utama 48 megapiksel (MP), lensa telefoto 13MP dan lensa ultra lebar 8MP untuk menyokong setiap imej yang dihasilkan. Selain itu, ia mempunyai ciri dual OIS untuk memastikan imej yang terhasil tidak bergegar.

Berikut adalah contoh daripada imej yang diambil oleh Alex Tan dengan menggunakan ciri 10x Zum Hibrid. Imej dihasilkan begitu menakjubkan, jelas dengan warna yang terang, tidak pecah dan tidak kabur.


120’ Ultra wide mode


10x hybrid zum


60x digital zum

Rujuk gambar disertakan untuk langkah demi langkah.

Berikut adalah langkah demi langkah.

Sangat mudah untuk menggunakan OPPO Reno 10x Zoom ini. Hanya hidupkan kamera, lorekkan ke kiri dan kanan untuk zum dekat atau jauh imej yang ingin anda ambil.

120’ sudut luas

OPPO Reno 10x Zoom mempunyai ciri kamera sehingga 120 darjah untuk menangkap imej lebih menyeluruh daripada apa yang boleh dilihat oleh mata manusia. Ini adalah contoh gambar yang diambil oleh Alex Tan yang menunjukkan keluasan sehingga 120 darjah imej boleh diambil bagi memperlihatkan gambar lebih luas.

Rujuk gambar disertakan untuk langkah demi langkah.

Berikut adalah langkah demi langkah.

Tekan di tengah-tengah grid merah dan teruskan lorek ke kiri. Gunakan lensa ultra-lebar untuk mendapatkan imej keseluruhan yang ingin diambil. Dalam masa yang sama, ia juga boleh membantu objek kelihatan lebih menarik dan memanjangkan bahagian kaki apabila mengambil gambar potret.

Mod Malam Ultra 2.0

Dalam siri OPPO Reno, fungsi terbaru mod malam ultra 2.0 meningkatkan lagi kejelasan dan perincian imej melalui pengurangan bunyi komposit serta teknologi Resolusi Definisi Tinggi (HDR). Teknologi digunakan dapat mencapai lebih daripada had mata manusia.

Tatkala mengambil gambar potret malam, siri OPPO Reno secara automatik dapat membezakan muka manusia dari latar belakang dan menawarkan perlindungan khas untuk potret, memastikan warna kulit berwarna merah supaya imej lebih menarik.

Ia ditonjolkan menerusi gambar yang diambil dengan mod malam ultra 2.0 oleh Wg Sam dan Grey Chow menunjukkan suasana imej malam yang terang dan jelas.

Bagaimana untuk mendapatkan imej mod ultra malam 2.0, ikut langkah diberikan.

Pilih ‘Night’ di bahagian sudut bawah kiri di fungsi menu untuk mengaktifkan Mod Malam Ultra. Tetapkan focus yang terbaik dan pilih sudut tepat untuk imej dipilih supaya gambar kelihatan cantik biarpun pada waktu malam.

Mode Potret

Ciri mod potret di dalam siri OPPO Reno menyatukan dan mengoptimumkan mengenai potret, warna, kesan cahaya dan lain-lain yang dapat membantu pengguna untuk mengambil gambar setaraf potret yang mempunyai lima kesan.

Gambar potret yang diambil oleh Alex Tan pula menunjukkan kamera fokus kepada individu untuk mendapatkan imej secara potret.

Berikut adalah langkah demi langkah.

Lorek ke kanan (jari menunjukkan ke kiri) di skrin kamera dan hidupkan mod potret. Klik pada icon di atas kiri untuk pilihan kesan yang lebih menarik.

Mode Dazzle

Mode Dazzle adalah penyelesaian untuk mendapatkan warna lebih menarik yang mana ia memanfaatkan AI untuk mengenalpasti imej supaya tahap warna itu lebih tepat.

Selain itu, warna imej yang terhasil lebih jelas dan semula jadi. Mode Dazzle juga boleh dihasilkan menerusi ciri yang terdapat pada siri OPPO Reno. Gambar yang diambil oleh Wg Sam memperlihatkan imej dengan warna sangat luar biasa.

Berikut adalah langkah demi langkah.

Sangat mudah menggunakan Mode Dazzle ini. Hanya klik pada butang di dalam kotak merah di atas dan boleh menggunakan mod berkenaan sebaik saja paten pelangi itu muncul.

Siri OPPO Reno

Siri OPPO Reno juga menaik taraf fungsi pengecasan bateri kepada VOOC 3.0 untuk lebih pantas lagi yang mana ia boleh memenuhkan bateri dalam tempoh singkat saja.

Dari sudut visual pula, ia menggunakan skrin penuh panorama OLED dan kamera pivot terangkat 16MP, sementara itu kamera depan, cahaya dan ‘earpiece’ ditutup sepenuhnya di belakang supaya dapat memaksimumkan paparan skrin panorama itu.

Selain itu, OPPO Reno Standard turut dilengkapi dengan kamera utama jelas 48MP (SONY IMX586 sensor) dan lensa ultra-lebar 5MP dengan kombinasi dual tangkapan untuk memberikan kualiti imej jelas 48 MP.

OPPO Reno 10x Zoom pula dilengkapi kamera utama jelas 48MP, lensa telefoto 13MP dan lensa ultra -lebar 8MP. Ia turut menyokong 16mm-160mm 10x hybrid optical zoom dan dual OIS penstabilan imej optik.

OPPO Reno Standard berharga RM1999 dan OPPO Reno 10x Zoom berharga RM3399. Anda boleh mendapatkannya di OPPO Concept Store, pengedar sah OPPO, laman web rasmi OPPO, rakan kongsi e-dagang Lazada dan Shopee serta rakan telco termasuklah Celcom, Digi dan Maxis.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri OPPO Reno, sila layari https://www.oppo.com/my/.

Rebut hadiah RM95,000 dalam pertandingan Fotografi BH OPPO

OPPO dan BH akan mengadakan Peraduan Fotografi OPPO “Beyond Your Vision Photography” dengan tawaran hadiah utama iaitu telefon pintar OPPO Siri Reno serta hadiah lumayan yang lain bernilai sehingga RM95,000.

Peraduan eksklusif untuk pengguna setia OPPO ini bertujuan supaya pengguna dapat mempamerkan kehebatan mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar OPPO, dan anda berpeluang memenangi OPPO Reno bernilai RM1,999, OPPO F11 Pro bernilai RM1,399, O-Free Bluetooth earphone bernilai RM599, OPPO edisi terhad Barca Beg bernilai RM299 dan banyak lagi.

Mudah saja, anda hanya perlu mengambil gambar mengikut tema ditetapkan dan terus muat naik di laman sosial Instagram dan sertakan tanda pagar #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofPatriotismxOPPOmy #OPPOxBeritaHarian.

Peserta digalakkan untuk muat naik gambar sebanyak mana dengan menggunakan telefon pintar OPPO dan pastikan gambar anda mempunyai ‘watermark’ OPPO. Bagi kamera OPPO yang tidak mempunyai "watermark", anda boleh tambah tanda pagar mengikut model telefon OPPO anda (contoh: #OPPOA71).

Peraduan ini berlangsung dari 22 Julai sehingga 20 Ogos dan pemenang akan diumumkan pada 22 Ogos, menerusi laman web serta Facebook OPPO Malaysia.

Oleh kerana peraduan kali ini akan berlangsung sehingga bulan kemerdekaan, tema yang bersesuaian untuk memperlihatkan semangat patriotik anda ialah Story of Patriotism.

Untuk maklumat lanjut mengenai “Beyond Your Vision Photography” BH, boleh layari di pautan:

• BH: https://www.bharian.com.my/OPPOxBeritaHarian

• Facebook BH: https://www.facebook.com/bhonline/photos/a.10151934319715600/10157446570...

• OPPO: http://oppomalaysia.com.my/beyondyourvision/

Berita Harian X