Jumaat, 21 Jun 2019 | 3:47pm

Nak selfie? Nova 4e semudah kiraan 1 2 3

KUALA LUMPUR: Mudahnya mengambil gambar swafoto (selfie), tidak perlu lagi bantuan rakan. Dengan sekali sentuh ambil gambar dan terus muat naik ke laman sosial.

Gambar yang diambil juga cantik dan mengkagumkan. Nova 4e daripada HUAWEI memberi semua yang diperlukan dalam mengambil gambar swafoto.

Nova 4e dikuasai pemproses Kirin 710 (12mm) dan dipadankan dengan kemampuan memori sebesar 6GB serta kapasiti storan sebanyak 128GB.

Dengan rekaan skrin paparan ‘dewdrop’ berbentuk lekuk di bahagian atas dan nisbah paparan kepada bentuk fizikal peranti adalah 84.1 peratus, pengguna pasti berpuas hati dengan hasil gambar yang dirakam.

Lebih menarik, Nova 4e didatangkan dengan skrin paparan 6.15 inci definisi penuh (FHD+) dan padanan cip pemproses serta sokongan memori (RAM), menjadikan telefon pintar ini berkuasa untuk sebarang pelaksanaan aplikasi.

Bahagian kamera belakang dilengkapi tiga lensa kamera, menggabungkan sensor 24 megapixel (MP), 8MP dan 2MP serta takuk pada skrin paparan pula menempatkan sensor 32MP.

Ia turut mempunyai slot dwi kad SIM dan bicu audio 3.5mm. Peranti berkenaan dijana dengan bateri berkapasiti 3,340 mAh dengan sokongan pengecasan cepat.

Bukan sahaja mampu memberikan pengguna gambar swafoto yang menarik, telefon ini yang menawarkan tiga pilihan warna Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue, pengguna Nova 4e pasti tampil lebih bergaya.

Pengguna juga boleh menggunakan lensa augmented reality (AR) menerusi fungsi 3D Qmoji dan ia akan meniru mimik muka serta kelakuan pengguna.

Ia boleh merakam imej lebih jelas dengan teknologi peningkatan imej kecerdasan buatan (AI).

Nova adalah pilihan terbaik kerana ia memiliki teknologi GPU Turbo 2.0, yang akan memastikan prestasi peranti pada tahap terbaik walaupun menggunakan telefon pintar dalam satu tempoh yang lama.

Nova 4e menggunakan sistem operasi EMUI 9.0 dan keupayaan pemproses grafik Mali G72 memberi pengalaman lebih baik terutamanya ketika pengguna bermain sebarang permainan mudah alih.

Berita Harian X