Isnin, 17 Jun 2019 | 6:00pm
Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile Sdn Bhd, Jasmine Lee.
Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile Sdn Bhd, Jasmine Lee.

U Mobile perkenal dua sistem pembayaran dalam talian

KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd memperkenalkan ekosistem teknologi kewangan yang menyeluruh merangkumi dua penyelesaian pembayaran dalam talian, GoPayz dan GoBiz, yang akan diaktifkan pada bulan hadapan.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Jasmine Lee, berkata melalui dua platform itu, U Mobile mahu menjadikan perkhidmatan teknologi kewangan jauh lebih mudah, berpatutan dan inklusif.

GoPayz adalah e-dompet universal yang menawarkan perkhidmatan kewangan digital dan gaya hidup yang mensasarkan golongan pengguna, manakala GoBiz adalah penyelesaian penerimaan pembayaran digital yang diwujudkan untuk memberi kelebihan kepada semua jenis perniagaan.

“GoPayz adalah mercu tanda penting bukan sahaja untuk U Mobile, tetapi juga bagi industri teknologi kewangan. Dengan GoPayz sekarang ini, kami boleh menawar khidmat perkhidmatan kewangan digital yang berpatutan kepada semua orang,” katanya.

Menurut Lee, GoBiz, seperti GoPayz, akan memberi manfaat kepada peniaga.

“Oleh itu, GoBiz bertujuan untuk membolehkan semua perniagaan, walaupun peniaga kecil, menerima bayaran digital daripada pelanggan dan menawarkan perkhidmatan seperti isian semula prabayar dan pembayaran bil,” katanya lagi.

Beliau berkata, ekosistem teknologi kewangan U Mobile adalah bagi memperkasakan semua, sama ada pengguna atau perniagaan.

-BERNAMA

Berita Harian X