Isnin, 3 Jun 2019 | 3:04pm

Inovasi HUAWEI terus diyakini, jangan ragu-ragu milikinya

Pelbagai kelebihan dimiliki telefon pintar HUAWEI mendapat sokongan penuh Malaysia dan berjaya meningkatkan jualan produk utamanya dalam kalangan pengguna tempatan, termasuk Perdana Menteri Malaysia.

Di sebalik spekulasi terhadap produk ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, untuk meneruskan menggunakan teknologi HUAWEI sebaik mungkin pada Persidangan kali ke-25 bertajuk, “Masa depan Asia di Jepun”.

Pada masa sama, di sebalik spekulasi yang menimpa, model utama HUAWEI Siri P30 masih terjual dengan baik di pasaran Malaysia seperti mana yang diberitahu oleh sumber.

Kebanyakan pengguna Malaysia tetap yakin dengan HUAWEI, sekalipun berdepan larangan dagangan dari Amerika Syarikat (AS).

Selepas pengumuman larangan itu, majoriti netizen di Malaysia menunjukkan sokongan ke atas HUAWEI dengan mendedahkan pembelian telefon pintar jenama mereka pada media sosial, baru-baru ini.

Mengikut beberapa acara sebelum ini, HUAWEI menerima pengiktirafan awam daripada pemimpin Malaysia selain sokongan yang meningkat daripada pengguna tempatan.

Apakah alasan di sebalik situasi yang memuncak ini, mari kita dapatkan.

Kenapa Dr Mahathir menyokong HUAWEI?

Perdana Menteri berkata, HUAWEI mempunyai akses kepada penyelidikan yang "jauh lebih besar daripada keseluruhan penyelidikan yang setara Malaysia.

“Jadi kita cuba menggunakan teknologi mereka sebaik mungkin,” katanya ketika persidangan di Tokyo.

“AS tidak boleh sentiasa menjadi negara terbesar di dunia. Adalah mustahil untuk menguasai teknologi terbaik selamanya. Kita semua perlu menerimanya.”

Berdasarkan ucapan yang dibuat oleh Dr Mahathir, jelas menunjukkan. inovasi HUAWEI dan teknologi yang lebih ke depan menjadi penyebab beliau menerima serta menyokong HUAWEI di Malaysia.

Pengiktirafan meluas teknologi 5G

Menerajui inovasi dalam teknologi 5G menjadikan HUAWEI sangat popular dalam berita dunia.

Dalam acara berlangsung baru-baru ini, Perdana Menteri menunjukkan minat dan keyakinan apabila menerima panggilan 5G pertama dari Malaysia menggunakan Huawei Mate 20X 5G yang dibuat di Putrajaya dan ia menunjukkan, pengiktirafan keupayaan HUAWEI dalam bidang berkaitan.

Sehingga kini, HUAWEI menandatangani kira-kira 40 kontrak perniagaan dengan beberapa kontraktor di seluruh dunia dengan menghubungkan pembangunan 5G.

Produk yang menerajui Standard Industri Teknologi

Beberapa bulan lepas, HUAWEI memperkenalkan telefon pintar boleh lipat 5G pertama iaitu HUAWEI Mate X dan beberapa produk inovatif seperti siri Matebook. Matebook Series https://shop.huawei.com/my/product/huawei-matebook-13

Apa yang menyebabkan keyakinan dalam pengguna HUAWEI?

Kecemerlangan produk itu sendiri

Tidak hanya produk siri P30 disokong 50x zoom, merakam dalam lampu-rendah dan paparan menarik seperti video dua paparan.

Dari sudut pandangan estetika, model utama ini datangnya dengan rekaan menyerlah dan warna menarik seperti matahari terbit dan kristal segar.

Kelebihan yang ada ini menjadi daya penarik kepada pengguna tempatan memilih produk ini. Tekan link ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri P30 https://shop.huawei.com/my/product/huawei-p30-pro

Pelan B HUAWEI untuk situasi terkini

Pengguna tidak perlu risau kerana HUAWEI bersedia menghadapi penggantungan kerjasama antara Google dan HUAWEI tidak memberi kesan kepada model telefon yang berada di pasaran.

Malah, HUAWEI bersedia menghadapi situasi seperti ini apabila Google sekali lagi mengeluarkan kenyataan mengenai pemulangan Huawei Mate 20 Pro ke senarai ujian Android Q.

Pencegahan dan penjagaan berterusan untuk Perkhidmatan Pelanggan

Mana-mana syarikat atau jenama yang mengambil berat terhadap pelanggan bukan hanya memberi tumpuan kepada penawaran produk yang baik tetapi turut menyediakan perkhidmatan cemerlang.

Di sebalik kegelisahan dan ketegangan akibat larangan perdagangan AS, HUAWEI tidak terjejas untuk menyediakan kempen aktiviti yang memberi manfaat kepada pengguna tempatan.

Seperti hari ini, pasukan dari HUAWEI menyediakan perkhidmatan sehari bersama HUAWEI di 11 cawangan pusat perkhidmatan HUAWEI. Maklumat lanjut sila layari https://consumer.huawei.com/my/support/service-day .

Dalam keadaan larangan perdagangan AS, HUAWEI menunjukkan keupayaan dan kesediaannya terhadap gelombang ini.

Pada acara baru-baru ini, Dr Mahathir secara terbuka menyatakan sokongan dan kepercayaan negara dalam menggunakan teknologi HUAWEI.

Walau bagaimanapun, kepercayaan utama HUAWEI tidak hanya bergantung pada nilai teknologi yang dapat disampaikannya; tetapi juga memahami keperluan pelanggan dan bagaimana ia dapat memberikan kecemerlangan serta kepuasan kepada mereka.

Andai sekiranya ada yang berminat dengan produk HUAWEI, jangan ragu untuk melalui pengalaman mereka di kedai terdekat HUAWEI dan yakinlah bahawa kedai sentiasa dibuka dan dialu-alukan untuk anda.

Berita Harian X