Khamis, 30 Mei 2019 | 12:42pm

Siri terbaharu OPPO Reno dengan kelebihan 10x Zum dan 60x Digital Zum

SIRI terbaharu OPPO, Reno yang menjadi tarikan golongan muda dengan pelbagai keistimewaan bagi menghasilkan karya seni kreatif dan berani, kini mula berada di pasaran Malaysia.

Dengan memiliki pelbagai kemudahan, OPPO menjadi pilihan pengguna telefon pintar hari ini yang begitu menitik beratkan kualiti.

OPPO mempunyai teknologi dan berinovasi mampu memberikan banyak idea kepada pengguna dalam menghasilkan karya.

OPPO melalui Reno mengirimkan satu mesej iaitu untuk mengubah visi dan imaginasi pengguna terhadap telefon pintar dan kreativiti imej menerusi 10x Zum Hibrid.

Siri OPPO Reno mempunyai dua model iaitu OPPO Reno (Standard Versi) dan OPPO Reno 10x Zum.

Perubahan dalam siri Reno terbaharu

Ada beberapa perbezaan dalam siri terbaharu reno. Pertama, ia benar-benar skrin panorama penuh, dengan kamera terangkat pivot dan reka bentuk sempurna serta mempunyai 10x Zum Hibrid + 60x Zum Digital.

10x Zum Hibrid adalah teknologi pertama diperkenalkan di Malaysia dan MWC 2019 Barcelona.

OPPO Reno 10x Zum menggunakan struktur tri-kamera yang dilengkapi lensa utama 48 megapiksel (MP), lensa telefoto 13MP dan lensa ultra lebar 8MP.

OPPO Reno 10x Zum disokong aplikasi optimasi Dual-OIS dalam lensa utama dan lensa telefoto bagi mengurangkan getaran peranti.

Reka bentuknya menawan dengan struktur panel kaca potongan 3D melengkung yang memberikan cengkaman selesa.

OPPO Reno 10x Zum juga mencapai fungsi 120 darjah ultra lensa, 10x Zum Hibrid dan 60x Zum Digital. Selain daripada fungsi penggambaran dan perakam 4K 60fps , ia mampu menguasai semuanya di hujung jari anda.


Wide Angle (0.6x)

1X Zum

5X Zum


10X Zum

Mod Malam Ultra 2.0

Kedua, ialah Mod Malam Ultra 2.0. Selain daripada kebolehan zum hibrid, Siri Reno juga membawa fungsi Mod Malam Ultra 2.0.

Fungsi terbaru mod malam ultra 2.0 meningkatkan lagi kejelasan dan keterperincian imej melalui pengurangan bunyi komposit serta teknologi Resolusi Definisi Tinggi (HDR).

Reka bentuk sempurna

Begitu juga pada rekaan. OPPO Reno 10x Zum memiliki 6.6 inci paparan skrin penuh, tiada protrusi di bahagian belakang.

Untuk melindungi kamera belakang supaya tidak calar, OPPO menggunakan O-dot di belakang telefon. Selami diri dalam pengalaman skrin penuh, gerakan yang sempurna dan rekaan kamera terangkat pivot tersendiri.

Ciri-ciri itu memberikan pengertian artistik untuk Reno 10x Zum ini.

Ciri-ciri spesifikasi

Skrin OPPO Reno 10x Zoom adalah berukuran 6.6-inch 2340*1080, OLED, 19.5:9, Skrin Panaromic dan Gelas Gorilla 6, manakala OPPO Reno mempunyai skrin berukuran 6.4-inci, 2340*1080, OLED, 19.5:9, Skrin Panaromic dan Gelas Gorilla 6.

Kedua-dua siri ini berwarna hijau lautan dan jet hitam.

OPPO Reno 10x Zoom mempunyai lensa 48MP (IMX 586)+13MP (telephoto) + 8MP (wide angle), 10X Hybrid Zoom,Dual OIS,Artistic portrait mode,Ultra Night Mode 2.0, Color Mapping, 4K Video. Manakala, Lensa belakang kamera OPPO Reno adalah 48MP (IMX586)+ 5MP Ultra Night Mode 2.0, Color Mapping, 4K Video dan artistic portrait mode.

Lensa hadapan kedua-dua kamera ini mempunyai 16MP, f/2.0 Portrait Mode 2.0, Soft light.

Oppo Reno 10x Zoom juga mempunyai 8GB RAM+256GB ROM simpanan memori yang amat besar. Ia ditambah lagi sokongan Snapdragon 855 Processor, OPPO Reno 10x Zoom bukan sahaja cekap untuk fotografi tetapi juga bermain permainan!

Dengan harga RM3,399, OPPO Reno 10x Zoom kini bermula pra-pesanan sehingga 17 Jun. Pelanggan boleh meletakkan pesanan melalui kedai konsep OPPO, kedai pengedar sah OPPO, laman web rakan e-dagang Lazada dan Shopee. Pelanggan pra-pesanan boleh dapat hadiah yang bernilai RM877 (1 Gimbel Stableliser bernilai RM599, jaminan lebih setahun bernilai RM139 dan setahun jaminan perlindungan yang juga bernilai RM139. Pengambilan pra-pesanan boleh dilakukan pada 18 Jun di semua lokasi beri diatas.

Manakala, OPPO Reno Standard Version berharga RM1,999 dan dijual di konsep stor OPPO, pengedar OPPO yang sah, rakan e-dagang Lazada dan Shopee serta rangkaian Telco iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Untuk maklumat lanjut di www.oppo.com/my atau https://www.facebook.com/malaysiaoppo serta https://www.oppo.com.my/categories/Smart-Phones/4 dan https://www.lazada.com.my/shop/oppo-electronics/

Berita Harian X