Khamis, 9 Mei 2019 | 10:07pm

HONOR 20 akan dilancar di London 20 Mei ini

KUALA LUMPUR: HONOR, e-jenama antara telefon pintar terkemuka dunia akan melancarkan siri HONOR 20 terbaharu pada 20 Mei ini di London.

HONOR 20 dijangka menampilkan spesifikasi seperti peranti mercu yang lain terutamanya pada bahagian keupayaan kamera.

Antara keistimewaan HONOR 20 ialah rekaan kuad-lensa kamera untuk kamera belakang.

Difahamkan salah satu spesifikasi telefon pintar terbaharu itu ialah ia didatangkan dengan aperture yang paling rendah dalam pasaran, sekali gus menjanjikan gambar waktu malam dengan lebih jelas.

HONOR 20 dijangka tersenarai di antara kedudukan tertinggi untuk markah DxOMark, membuktikan prestasi yang bagus.

Pada masa ini, ranking tiga teratas adalah Huawei P30 Pro, Samsung S10 5G dan Huawei Mate 20 Pro.

Berita Harian X