Isnin, 22 April 2019 | 7:18pm

Nova 4e penuhi keperluan terkini

SELEPAS kejayaan siri nova 4 dan Nova 3 sebelum ini, HUAWEI melancar siri baharu dalam segmen nova dengan memperkenalkan nova 4e.

Sebagai pengeluar, HUAWEI4e sentiasa mendengar pandangan pengguna dari segi estatika, fesyen dan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdasarkan pengalaman.

Pengguna nova 4 adalah pengguna telefon bijak di Malaysia kerana fungsi AI dan rekaan memenuhi keperluan gaya hidup. Malah, telefon ini ditawarkan pada harga menarik bersesuaian dengan kemajuan teknologi.

Terdapat banyak cabaran dalam pasaran telefon pintar kerana ada pelbagai jenama yang menawarkan harga sama.

Biarpun mendapat saingan daripada pelbagai jenama di pasaran, nova 4e turut mempunyai kelebihan tersendiri yang berjaya menarik perhatian pengguna terutama golongan muda.

Telefon pintar nova 4e adalah sesuatu yang harus dimiliki kerana memiliki ciri unik.

Rekaan bahagian belakangnya menggunakan gelas, menjadikan telefon ini kelihatan premium.

Bagi golongan muda yang meminati fesyen, boleh mengikuti perkembangan fesyen semasa di media sosial di nova 4e, malah boleh menjadi bintang media sosial.

Menjadi peneraju fesyen terkini, HUAWEI nova mempunyai nilai estetika berbanding jenama lain kerana mempunyai fungsi terbaik, malah lebih baik daripada yang lain, sekali gus memenuhi keperluan nilai fesyen.

Nilai jenama

Nova dibangunkan untuk golongan elit dan profesional antarabangsa yang gemarkan mengikuti trend terkini, warna dan momen menarik serta ceria dalam kehidupan.

Nova bermaksud bintang dalam perkataan Latin.

Ciri-ciri yang terdapat pada peranti ini adalah menggunakan skrin paparan jenis Dewdrop dengan kedudukan minimum yang menghasilkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 84.1 peratus (atau nisbah skrin-ke-TP sebanyak 90 peratus).

Ia dipatenkan dengan paparan bezel yang minimum, pembesar suara (speaker) telinga kecil, indikator bateri pelbagai warna.

Warna yang ditawarkan untuk model ini termasuk Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue.

Penggunaan gabungan skim warna gradient (warna memudar) dan vibrant (warna terang berani) dapat menghasilkan gaya yang dinamik serta futuristik.

Kesemua teknologi lapisan baharu menggunakan warna gradient untuk ke tahap seterusnya, warna jelas, cantik dan romantik untuk menghasilkan sinar di bahagian belakang peranti itu.

Di kuasakan dengan kuasa A1 gaya hidup hiburan, ia menjadikan telefon pintar ini sesuatu yang menyeronokkan terutama mereka yang gemarkan permainan dan program masa kini.

Nova 4e menggunakan sistem operasi EMUI 9.0 manakala keupayaan pemproses grafik Mali G72 untuk memberi pengalaman lebih baik bagi pengguna ketika bermain sebarang judul permainan mudah alih.

Video nada dering AI

Bagi mereka yang gemar menghasilkan nada dering menggunakan lagu kegemaran atau menggunakan video, HUAWEI nova 4e menyokong sepenuhnya video nada dering yang dihasilkan sendiri sebagai pilihan tambahan.

Pengguna juga boleh memuat naik klip daripada sumber lain seperti tik tok dan ia menambahkan lagi dimensi keseronokan menjawab panggilan telefon.

Menjadikan pengalaman hiburan yang lancar, laju dan menyeronokkan, peranti ini mempunyai memori 6GB selain storan 128GB.

Dengan adanya GPU Turbo 2.0 dapat meningkatkan tempoh sesi dan kecekapan permainan.

HUAWEI nova 4e memaparkan tiga tetapan kamera bahagian belakang membabitkan lensa sudut lebar, lensa utama dan kedua. Ia disokong 24MP+8MP lensa kamera sudut lebar lebih besar dan kuasa algoritma HUAWEI ia membenarkan sistem belakang kamera menangkap sudut pandangan lebih jelas.

Dengan adanya mod malam bersepadu membolehkan pengguna mengambil gambar di pelbagai sudut dan keadaan cahaya.

Kamera swafoto 32MP yang dilengkapi kecantikan AI dan menghasilkan gambar poster swafoto anda seperti seorang bintang.

Nova 4e penuhi keperluan terkini hanya dengan RM1,199.

Segera dapatkan nova 4e di kesemua rangkaian kedai HUAWEI atau melalui dalam talian di https://shop.huawei.com.my.

Berita Harian X