Isnin, 14 Januari 2019 | 8:00am

3 inovasi hebat

KUALA LUMPUR: Telefon pintar, laptop dan jam tangan pintar berperanan penting dalam kehidupan individu pada masa kini.

Rata-rata daripada kita menggunakan teknologi itu terutama bagi ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dengan kerjanya tanpa mengira waktu.

Tidak hairanlah banyak syarikat menghasilkan rangkaian tiga peranti itu yang direka khusus buat pengguna mengikut kesesuaian gaya hidup masing-masing.

Huawei mengeluarkan produk tiga sekawan ini bagi memenuhi kegemaran, spesifikasi teknologi canggih terkini dan pilihan ramai.

Telefon pintar Huawei Mate 20 Pro misalnya, memudahkan urusan harian kerana senang di bawa ke mana sahaja dan boleh digunakan pada bila-bila masa terutama bagi eksekutif muda baik wanita mahu pun lelaki.

Perincian pada kameranya cukup menarik kerana memberi rakaman gambar cantik dan menambahbaik hasil rakaman video dengan bantuan AI.

Reka bentuk empat kamera yang ikonik dan juga ringan, pilihan warna seperti 'twilight' dan hijau zamrud menjadikannya lebih ringkas tetapi cukup elegan.

Kecanggihan kameranya turut diperhebat dengan lensa LEICA Ultra-Wide selain mempunyai teknologi video AI 'portrait color' pertama di dunia serta Huawei HIVision Calorie Counter.

Kita selalu berkongsi apa yang dimakan atau yang dimasak di media sosial tetapi percaya atau tidak, Huawei HIVision ini cukup bijak boleh mengenalpasti makanan.

Bagi mereka yang obses dengan makanan seimbang, tidak perlu bimbang terlebih jumlah kalori yang diambil. Malah maklumat lain mengenai kandungan nutrisi dalam makanan itu juga boleh diketahui.

Dari segi penataan, skrin OLED, rekaan bentuk langsing dan 'hyper optical pattern' pula membolehkan ia dipegang dengan lebih sempurna serta selesa.

Pengguna juga tidak perlu lagi risau mengenai jangka hayat bateri kerana ia diperkuasa kapasiti 4200mAh dengan SuperCharge 2.0. Ia berupaya mengecas sehingga 70 peratus dalam tempoh 30 minit.

Tambah pula ada sokongan pengecas tanpa wayar yang menyertakan sokongan Wireless Reverse Charging, di mana pengguna boleh berkongsi tenaga pada peranti mereka secara tanpa wayar bersama peranti lain.

Apabila keadaan terdesak berada di luar dan ketika itu juga menantikan panggilan penting, jangan bimbang telefon masih boleh berfungsi dengan perkongsian secara tanpa wayar dengan peranti lain.

Buat pengguna Mate 20 Series, mereka boleh menikmati Privilege VIP daripada rakan VIP Huawei seperti Malaysia Airlines, Sheraton Imperial Group, Aerocentric, Plaza Premium Lounge, Auto Bavaria dan sebagainya.

Memiliki komputer riba juga satu keperluan penting bagi pekerja moden hari ini kerana jadual padat dengan mesyuarat, pembentangan kertas kerja dan persidangan.

Hadir dengan notebook pertamanya bercirikan paparan skrin sentuh pada FullView Screen Display, Huawei MateBook X Pro pasti memudahkan proses pembentangan slaid kerja kerana ia tidak memerlukan anda untuk menggunakan tetikus lagi.

Komputer riba ini juga ringan (1.33 kg), sangat nipis (14.6 mm) dan mempunyai pengecas bateri berukuran poket yang senang dibawa ke mana sahaja bagi melancarkan lagi hari anda melakukan sebarang tugasan sekalipun sedang bercuti.

Bukan hanya bergaya di bahagian luar, ia juga berkuasa di dalam. Diperkuasa dengan pemproses 8th Generation Intel Core, komputer riba ini mempunyai keupayaan pemprosesan yang lebih cepat dan kuat sehingga pengguna tidak akan mengalami gangguan semasa melakukan kerja.

Huawei MateBook X Pro juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 yang memudahkan lagi tugas pereka.

Pengguna boleh log masuk dengan mudah menerusi butang kuasa satu sentuhan dalam masa kurang dari 10 saat dan komputer riba ini mempunyai 12 jam jangka hayat bateri.

Lebih menarik, Huawei MateBook X Pro dilengkapi kamera tersembunyi pertama di dunia yang dibina untuk memastikan keselamatan privasi.

Ia juga mempunyai quad-speakers dan mikrofon untuk memastikan panggilan persidangan jangka panjang yang jelas manakala teknologi bunyi Dolby Atmos untuk pengalaman sinematik yang bergerak.

Satu lagi, sebab utama untuk seseorang tidak memiliki jam tangan pintar adalah kerana jangka hayat baterinya yang tidak bertahan lama dan ia perlu dicas pada setiap malam.

Tapi kini, dengan adanya Huawei Watch GT semua kesukaran itu tidak perlu dihadapi lagi kerana hayat bateri jam tangan pintar terbaru ini mampu bertahan sehingga lebih dari dua minggu dengan sekali cas sahaja!

Selepas memiliki Huawei Watch GT, pasti anda tidak akan mahu jam tangan yang lain lagi sebab ia seakan menjadi pelengkap atau pemudahcara yang bertindak seperti pembantu peribadi menyenangkan jadual seharian.

Paling seronok, segala urusan kerja juga mampu dilaksanakan walaupun sedang melakukan aktiviti kecergasan termasuk berenang kerana ia mempunyai ketahanan kalis air sehingga 5ATM.

Jangan risau terlepas pesanan penting berkaitan kerja kerana anda masih mampu menerima mesej daripada klien.

Sebagai peranti pintar yang boleh dipakai pada pergelangan tangan, jam ini turut menyokong kedudukan satelit, penjejakan kecergasan, memantau waktu tidur dan banyak lagi.

Lebih istimewa, ia mempunyai teknologi TrueSeen 3.0 yang mempunyai algoritma pembelajaran kendiri untuk memantau kadar jantung.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk tiga sekawan Huawei ini, layari https://shop.huawei.com/my/index.html atau ke Facebook Huawei.

Berita Harian X