Rabu, 1 April 2020 | 8:13pm
Bursa Malaysia
Bursa Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini berikutan sentimen pelabur dijejaskan oleh data pembuatan yang lemah dan harga minyak mentah yang merosot.

Prestasi bursa tempatan turut menjejaki bursa serantaunya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 28.23 mata atau 2.09 peratus, untuk ditutup kepada 1,322.66 daripada 1,350.89 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka rendah 5.99 mata kepada 1,344.90 dan berada antara 1,322.66 dan 1,344.90 sepanjang hari.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 523 berbanding 355, manakala 358 kaunter tidak berubah, 685 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 4.74 bilion saham bernilai RM2.77 bilion daripada 3.52 bilion saham bernilai RM2.87 bilion semalam.

Peniaga berkata, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Malaysia IHS Markit yang kurang menggalakkan apabila merosot kepada 48.4 pada Mac 2020 daripada 48.5 pada Februari 2020 telah mewujudkan sentimen risiko dalam pasaran.

“Keyakinan pelabur turut dijejaskan oleh kejatuhan harga minyak mentah yang menyaksikan penanda aras minyak mentah Brent diniagakan di bawah AS$25 setong hari ini berikutan kebimbangan mengenai lebihan bekalan,” katanya.

Sementara itu, peniaga berkata, Chicago Board Options Exchange (CBOE) Volatility Index terus merosot sejak dua hari lepas -- menunjukkan turun naik kekal tinggi dalam pasaran.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun susut 4.5 peratus kepada 18,065.41, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 2.19 peratus kepada 23,085.79 dan Indeks Straits Times Singapura berkurangan 1.65 peratus kepada 2,440.27.

Saham berkaitan minyak dan gas terus menguasai kaunter yang diniagakan paling aktif hari ini, dengan Sapura Energy, Alam Maritim Resources dan Hibiscus, masing-masing susut setengah sen kepada 7.5 sen, 4.5 sen dan 33.5 sen.

Velesto menambah setengah sen kepada 12 sen, manakala Armada dan KNM, masing-masing tidak berubah pada 13.5 sen dan 11.5 sen.

Daripada 30 kaunter FBM KLCI, Petronas Chemicals merosot 30 sen kepada RM4.75, diikuti Maxis susut 27 sen kepada RM5.08, Digi dan Sime Darby Plantation, masing-masing turun 20 sen kepada RM4.15 dan RM4.74, manakala Maybank berkurangan 13 sen kepada RM7.32.

Hong Leong Financial mendahului senarai kaunter paling rugi, susut 88 sen kepada RM12.80, Petronas Dagangan merosot 78 sen kepada RM20.38, Heineken jatuh 68 sen kepada RM21.20, Nestle berkurangan 60 sen kepada RM136.10 dan F&N turun 46 sen kepada RM30.56.

Indeks FBM Emas berkurangan 153.63 mata kepada 9,086.18, Indeks FBM Emas Shariah susut 181.69 mata kepada 9,923.39 manakala Indeks FBMT 100 merosot 157.64 mata kepada 9,008.87.

FBM 70 susut 39.35 mata kepada 10,511.20 dan FBM Ace turun 88.63 mata kepada 3,893.18.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 4.06 mata kepada 103.54, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 226.22 mata kepada 12,044.45 dan Indeks Perladangan turun 144.85 mata kepada 6,107.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 3.64 bilion saham bernilai RM2.47 bilion daripada 2.60 bilion saham bernilai RM2.63 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 371.73 juta unit bernilai RM99.24 juta daripada 328.13 juta unit bernilai RM84.10 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 721.70 juta saham bernilai RM192.26 juta daripada 590.30 juta saham bernilai RM158.33 juta semalam.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 438.25 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (577.91 juta), pembinaan (297.44 juta), teknologi (592.61 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (71.18 juta), hartanah (256.27 juta), perladangan (83.06 juta), REIT (14.96 juta), dana tertutup (3,200), tenaga (1.10 bilion), penjagaan kesihatan (32.36 juta), telekomunikasi dan media (71.06 juta), pengangkutan dan logistik (67.58 juta), dan utiliti (39.78 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X