Selasa, 31 March 2020 | 7:16pm
Bursa Malaysia
Bursa Malaysia

Bursa Malaysia ditutup positif

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri suku pertama 2020 dengan nota positif, selepas didorong oleh beberapa aktiviti memperelokkan akaun yang sederhana pada hujung suku.

Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Vincent Lau, berkata bursa tempatan juga menjejaki trend menaik oleh bursa-bursa serantau yang lain.

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 22.01 mata atau 1.66 peratus, ditutup pada 1,350.89 berbanding 1,328.88 semalam.

Indeks utama dibuka 7.72 mata lebih kukuh pada 1,336.60 semasa 9 pagi hari ini dan berlegar antara 1,335.91 dan 1,352.20.

Kelebaran pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 708 berbanding 185, manakala 288 kaunter tidak berubah, 817 tidak diniagakan dan 96 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meluas kepada 3.52 bilion saham bernilai RM2.87 bilion berbanding 2.83 bilion saham bernilai RM1.86 bilion yang dicatatkan semalam.

Lau ketika mengulas mengenai prestasi hari ini, berkata pemulihan ini boleh menjadi satu dorongan berikutan keadaan yang masih tidak stabil.

"Sentimen pasaran boleh berubah menjadi negatif di tengah-tengah harga minyak mentah yang agak lemah termasuk peningkatan jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat," katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 2.69 peratus kepada 2,481.23, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.85 peratus kepada 23,603.48 dan Indeks Kospi Korea Selatan adalah 2.19 peratus lebih kukuh pada 1,754.64.

Di kalangan 30 kaunter FBM KLCI, Petronas Chemicals menokok 30 sen kepada RM5.05, Sime Darby Plantation meningkat 29 sen kepada RM4.94, Maybank naik 14 sen kepada RM7.45, Tenaga bertambah 22 sen pada RM12.02 dan Petronas Dagangan melonjak RM1.04 kepada RM21.16.

Di antara kaunter-kaunter yang didagangkan aktif, Armada serta Sapura Energy, masing-masing meningkat setengah sen kepada 13.5 sen dan lapan sen, Hibiscus adalah 2.5 sen lebih tinggi kepada 34 sen, Sanichi susut setengah sen kepada 4.5 sen manakala Pegasus Heights tidak berubah pada lima sen.

Saham-saham paling untung termasuk Dutch Lady yang mengukuh sebanyak RM1.26 kepada RM43.30, manakala Nestle meraih 70 sen kepada RM136.70, Kuala Lumpur Kepong naik 66 sen kepada RM20.76, F&N melonjak 50 sen kepada RM31 .02 dan Panasonic Manufacturing Malaysia menokok 40 sen kepada RM26.88.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas bertambah 159.40 mata kepada 9,239.81, Indeks FBM Emas Syariah mengumpul sebanyak 196.12 mata kepada 10,105.08 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 148.78 mata kepada 9,166.52.

FBM 70 melonjak 168.93 mata kepada 10,550.56 dan Indeks FBM Ace adalah 198.34 mata lebih tinggi pada 3,981.81.

Secara sektoral, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 3.77 mata kepada 107.60, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 133.93 mata kepada 12,270.67 dan Indeks Perladangan adalah 208.96 mata lebih baik pada 6,252.13.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama bertambah kepada 2.60 bilion saham sebanyak RM2.63 bilion berbanding 1.82 bilion saham bernilai RM1.64 bilion pada hari sebelumnya.

Waran mencatatkan jumlah dagangan yang lebih tinggi pada 328.13 juta unit bernilai RM84.10 juta daripada 290.31 juta unit bernilai RM92.63 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menguncup kepada 590.30 juta saham bernilai RM158.33 juta berbanding 718.09 juta saham bernilai RM120.46 juta.

Produk Pengguna dan Perkhidmatan menyumbang 373.98 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, Produk Perindustrian dan Perkhidmatan (384.50 juta), Pembinaan (196.45 juta), Teknologi (353.0 juta), SPAC (sifar), Perkhidmatan Kewangan (83.55 juta), Hartanah (258.68 juta), Perladangan (64.84 juta), REIT (12.62 juta), Dana Tertutup (4,000), Tenaga (620.88 juta), Penjagaan Kesihatan (55.38 juta), Telekomunikasi dan Media (70.47 juta), Pengangkutan dan Logistik (96.66 juta) serta Utiliti (34.41 juta)

-BERNAMA

Berita Harian X