Selasa, 24 Disember 2019 | 3:14pm

Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, susulan aktiviti jualan saham wajaran tionggi terpilih, diketuai kaunter berkaitan Petronas.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.51 mata kepada 1,607.67 berbanding 1,614.18 pada penutupan Isnin.

Indeks utama bergerak antara 1,602.1 dan 1,613.87 di sepanjang dagangan pagi.

Indeks penanda aras dibuka 0.35 mata lebih rendah pada 1,613.83.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 364 berbanding 243, manakala 395 kaunter tidak berubah, 975 tidak diniagakan manakala 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 875.06 juta saham bernilai RM478.69 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata kaunter berharga rendah dijangka meneruskan peningkatan, dengan sentimen positif itu dijangkakan berlarutan sehingga hujung tahun jika tiada berita negatif.

"Bagaimanapun, jumlah dagangan yang rendah menunjukkan keuntungan sukar diperoleh, memandangkan ramai pelabur enggan memasuki pasaran,” katanya dalam nota hari ini.

Petronas Gas susut 44 sen kepada RM17.26 dan Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM7.37.

Antara saham wajaran tinggi, CIMB menokok tiga sen kepada RM5.30, Maybank turun dua sen kepada RM8.60, Public Bank merosot lapan sen kepada RM19.96, TNB rugi 12 sen kepada RM13.42 manakala IHH Healthcare turun tiga sen kepada RM5.61.

Bagi kaunter aktif, Khee San menokok 3.5 sen kepada 44.5 sen, MCT menambah dua sen kepada 33.5 sen, Mudajaya meningkat 2.5 sen kepada 40.5 sen, Bumi Armada tidak berubah pada 51.5 sen, WCE Holdings susut setengah sen kepada 39.5 sen manakala Solarvest turun 5.5 sen kepada 80 sen.

Indeks FBM Emas susut 40.81 mata kepada 11,388.97, Indeks FBMT 100 turun 41.86 mata kepada 11,191.02 manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 62.40 mata kepada 12,007.0.

FBM Ace meningkat 41.22 mata kepada 5,107.66 namun FBM 70 susut 38.44 mata kepada 14,075.5.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.1 mata kepada 15,617.44, manakala Indeks Perladangan turun 12.46 mata kepada 7,574.03 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.7 mata kepada 153.24.

-- BERNAMA

Berita Harian X