Selasa, 10 Disember 2019 | 6:24pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan ketidakpastian dalam pasaran menjelang tarikh akhir 15 Disember bagi tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas import barangan China bernilai AS$156 bilion (AS$1=RM4.15).

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.92 mata kepada 1,561.79 daripada paras penutup 1,562.71 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka turun 1.24 mata kepada 1,561.47 dan bergerak antara paras 1,559.23 dan 1,564.82 sepanjang hari dagangan.

Seorang peniaga berkata, pasaran, yang kebanyakannya dalam segmen negatif pada sesi pagi, berjaya melepasi segmen positif pada sesi petang tetapi gagal mengekalkan momentum berikutan kekurangan belian susulan apabila pertelingkahan perdagangan yang berterusan antara China dan AS terus menjejaskan sentimen.

“Meskipun kenyataan daripada kedua-dua pegawai AS dan China baru-baru ini membayangkan kemungkinan perjanjian perdagangan awal dimuktamadkan, pasaran akan memantau dengan rapat butiran terperinci mengenainya,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.54, Public Bank jatuh enam sen kepada RM18.96, Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada RM7 dan CIMB turun empat sen kepada RM5.14.

TNB menokok empat sen kepada RM13.26. Dalam kalangan kaunter cergas, Jaks turun tiga sen kepada RM1.27 manakala Sanichi susut setengah sen kepada 4.5 sen.

TDM meningkat setengah sen kepada 31 sen, Foundpac naik 4.5 sen kepada 68.5 sen dan Bumi Armada menokok 2.5 sen kepada 48.5 sen.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 443 berbanding 365, dengan 371 kaunter tidak berubah, 793 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.66 bilion unit bernilai RM1.5 bilion daripada 2.61 bilion unit bernilai RM1.62 bilion pada Isnin.

Indeks FBM Emas naik 1.49 mata kepada 11,110.73, Indeks FBMT 100 meningkat 1.15 mata kepada 10,911.42 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 5.199 mata kepada 11,705.9.

FBM Ace menambah 33.46 mata kepada 4,920.03 dan FBM 70 naik 32.43 mata kepada 13,887.71.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.29 mata kepada 149.6, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 18.07 mata kepada 15,185.5 dan Indeks Perladangan jatuh 29.44 mata kepada 7,465.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.93 bilion saham bernilai RM1.36 bilion daripada 1.80 bilion saham bernilai RM1.43 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 243.6 juta unit bernilai RM40.05 juta daripada 224.28 juta unit bernilai RM38.14 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 487.27 juta saham bernilai RM104.84 juta daripada 581.31 juta saham bernilai RM154.49 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 260.02 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (282.36 juta), pembinaan (162.35 juta), teknologi (118.86 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (30.48 juta), hartanah (127.24 juta), perladangan (161.72 juta), REIT (6.77 juta), dana tertutup (65,000), tenaga (700.3 juta), penjagaan kesihatan (11.11 juta), telekomunikasi dan media (31.64 juta), pengangkutan dan logistik (26.9 juta) dan utiliti (13.12 juta). - BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia Tutup, FBM KLCI, Pasaran Saham, Perniagaan, Korporat

Berita Harian X