Isnin, 9 Disember 2019 | 6:33pm
KUALA LUMPUR 18 JUN 2018. Bangunan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. NSTP/SALHANI IBRAHIM
KUALA LUMPUR 18 JUN 2018. Bangunan Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. NSTP/SALHANI IBRAHIM

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah susulan data eksport yang kurang menggalakkan dari China, rakan dagang terbesar negara, memberi isyarat ekonomi Asia yang lebih luas lemah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.73 mata kepada 1,562.71 daripada 1,568.44 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks barometer dibuka rendah 2.26 mata kepada 1,566.18 dan berada antara 1,560.2 dan 1,567.78 sepanjang hari.

Peniaga berkata data eksport yang rendah turut mengimbangi petunjuk Wall Street yang positif berikutan pekerjaan AS yang kukuh.

“Sentimen pelabur terjejas selepas data mengunjurkan eksport China pada November susut untuk bulan keempat berturut-turut, menunjukkan perang perdagangan dengan AS memberi kesan kepada ekonomi kedua terbesar dunia itu,” katanya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank menambah enam sen kepada RM8.56.

TNB susut 20 sen kepada RM13.22, Public Bank merosot 14 sen kepada RM19.02, Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada RM7.05 dan CIMB turun dua sen kepada RM5.18.

Daripada saham aktif, Tiger Synergy menokok dua sen kepada 11 sen, TDM naik tiga sen kepada 30.5 sen dan PUC meningkat 1.5 sen kepada lima sen.

Sanichi susut satu sen kepada lima sen dan Bumi Armada berkurangan 1.5 sen kepada 46 sen.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 462 berbanding 406, dengan 359 kaunter tidak berubah, 749 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.61 bilion unit bernilai RM1.62 bilion daripada 2.49 bilion unit bernilai RM1.54 bilion pada Jumaat.

Indeks FBM Emas susut 24.33 mata kepada 11,109.24, Indeks FBMT 100 berkurangan 29.43 mata kepada 10,910.27 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 24.07 mata kepada 11,699.9.

FBM Ace naik 2.24 mata kepada 4,886.57 dan FBM 70 melonjak 6.20 mata kepada 13,855.28.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.13 mata kepada 149.89 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 18.64 mata kepada 15,203.57 manakala Indeks Perladangan melonjak 133.96 mata kepada 7,495.27.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.80 bilion saham bernilai RM1.43 bilion daripada 1.62 bilion saham bernilai RM1.33 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 224.28 juta unit bernilai RM38.14 juta daripada 295.02 juta unit bernilai RM55.38 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 581.31 juta saham bernilai RM154.49 juta daripada 572.69 juta unit bernilai RM154.09 juta sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 228.73 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (269.59 juta), pembinaan (153.79 juta), teknologi (123.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (76.95 juta), hartanah (184.93 juta), perladangan (247.84 juta), REIT (6.37 juta), dana tertutup (59,300), tenaga (425.57 juta), penjagaan kesihatan (12.57 juta), telekomunikasi dan media (32.36 juta), pengangkutan dan logistik (33.37 juta), dan utiliti (14.17 juta). - BERNAMA

Berita Harian X