Isnin, 4 November 2019 | 9:42am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini selaras dengan indeks global berikutan momentum positif mengenai rundingan dagangan global yang melonjakkan sentimen pasaran.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 5.95 mata lebih tinggi kepada 1,599.29 berbanding penutup Jumaat lalu iaitu 1,593.34.

Indeks utama itu dibuka pada 4.94 mata lebih tinggi pada 1,598.28.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 253 berbanding 60 manakala 164 kaunter lagi tidak berubah, 1,453 tidak didagangkan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 153.71 juta saham bernilai RM64.28 juta. -BERNAMA

Berita Harian X