Khamis, 31 Oktober 2019 | 12:08pm

Harga minyak naik, Brent AS$60.85 setong

TOKYO: Harga minyak naik hari ini apabila pelabur mengharapkan lebih banyak rangsangan ekonomi dari China selepas data Indeks Pembelian Pengurus (PMI) menunjukkan lemah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 24 cents, atau 0.4 peratus pada AS$60.85 setong pada 0221 GMT, selepas jatuh dalam sesi sebelumnya.

Ia susut sebanyak 1.6 peratus pada Rabu.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik sebanyak 10 cents, atau 0.2 peratus pada AS$55.16 setong.

Ia berakhir 0.9 peratus lebih rendah pada sesi sebelumnya.

Aktiviti kilang di China merosot untuk bulan keenam berturut-turut pada Oktober, manakala pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan China perlahan sejak Februari 2016, demikian menurut data rasmi pada Khamis.

“Pertumbuhan minyak dipacu oleh jangkaan akan berlaku lebih banyak rangsangan dari China, selepas enam bulan pembuatan PMI China mencatatkan prestasi lemah,” kata penganalisis pasaran kanan di OANDA, Jeffrey Halley.

-REUTERS

Berita Harian X