Rabu, 23 Oktober 2019 | 10:05am

Brent susut 28 cents kepada AS$59.42 setong

SINGAPURA: Harga minyak merosot hari ini selepas data industri Amerika Syarikat (AS) menunjukkan gambaran lebih besar daripada unjuran stok minyak mentah.

Bagaimanapun, kemungkinan pengeluaran lebih banyak daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya dijangka akan menghalang penurunan berterusan dalam harga

Penanda aras minyak mentah antarabangsa, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 28 cents, atau 0.47 peratus kepada AS$59.42 setong pada 0123 GMT, pada Rabu.

Sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) susut 40 cent atau 0.73 peratus kepada AS$54.08 setong.

Stok minyak mentah AS meningkat 4.5 juta tong kepada 437 juta tong pada minggu berakhir 18 Oktober, berbanding dengan jangkaan penganalisis yang mengunjurkan kenaikan sebanyak 2.2 juta tong, demikian menurut data daripada kumpulan industri, Institut Petroleum Amerika (API).

OPEC sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan pemotongan pengeluaran di tengah-tengah kebimbangan pertumbuhan permintaan yang lemah pada tahun depan.

“Harga minyak mentah melonjak dengan ketara (pada Selasa) selepas laporan mengatakan OPEC sedang mempertimbangkan pemotongan pengeluaran selanjutnya,” menurut ANZ Research dalam satu nota.

-REUTERS

Berita Harian X