Selasa, 22 Oktober 2019 | 11:25am

Saham Asia meningkat di tengah-tengah perbincangan positif AS-China

SYDNEY: Pasaran saham Asia meningkat hari ini di tengah-tengah perbincangan positif mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, sementara pelabur terus memberi sokongan kepada Brexit.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun terus menambah sederhana 0.3 peratus.

Niaga hadapan Nikkei Jepun diniagakan pada 22,760, berbanding penutup indeks Isnin pada 22,548.

Saham Korea Selatan naik 0.9 peratus dan saham mewah Shanghai tidak berubah.

Niaga hadapan e-mini bagi S&P 500 menokok 0.15 peratus.

China dan AS telah mencapai kemajuan dalam perbincangan perdagangan mereka, demikian menurut Naib Menteri Luar China, Le Yucheng pada Selasa.

Beliau turut menambah jika kedua-dua pihak saling menghormati antara satu sama lain, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

-REUTERS

Berita Harian X